Jan 10, 2008

Ikan Siakap Masam Manis

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • 3 camca besar cili boh
  • 5 camca besar tomato puri
  • 3 camca besar sos cili
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang
  • Sedikit buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan dikisar:
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
Cara:
  • Lumurkan ikan siakap dengan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng ikan sehingga kekuningan
  • Angkat dan biarkan seketika
  • Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak dan tumiskan:
    • cengkih
    • bunga lawang
    • buah pelaga
    • kayu manis
    • bahan-bahan yang dikisar
  • Setelah naik bau, masukkan cili boh, sos cili dan tomato puri
  • Tumiskan lagi sehingga naik bau
  • Siap untuk dihidang
  • Semasa menghias, tuangkan sos ke atas ikan siakap

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...