Apr 18, 2012

Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam




Petua Cik Salwa: setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& makesure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main

latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam



Petua Cik Salwa:

Setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& make sure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...
siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main


latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Apr 17, 2012

Breastfeeding Tips

  • Menguruskan anak kecil memang mencabar..
  • Salah satunya..pasal nak bagi susu..
  • Ibu bolehla pilih nak bagi susu badan ke atau susu formula..
  • Semua orang tau yang breasfeeding tu bagus..
  • Kalau bagi susu badan, nanti ketahanan tubuh baby akan meningkat..dan risiko dapat penyakit tu kurang la..
  • Tapi kalau ada sebab tertentu, seperti doktor tak bagi atas sebab kesihatan..tak payahlah bagi breastfeeding..
  • Haa..perlu diingat,bagi susu kat baby tu mesti ikut keperluan..
  • Biasanya baby yang baru lahir nak menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali pada bulan yang pertama..
  • Setiap kali menyusu, baby selalunya ambil masa 10-20 minit..
  • Bila baby makin besar, makin kurangla kekerapan dia nak menyusu..
Untuk itu.. saya ingin berkongsi maklumat dari seorang pegawai perubatan bertauliah melalui blognya ..

Apr 16, 2012

Pendarahan Semasa Mengandung

Pengenalan
  • berpunca drpd pelbagai sebab
  • boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan
  • samada dari hanya setompok darah hinggalah pendarahan yg berlebih-lebihan
  • boleh jadi ringan atau kadang-kadang boleh mengancam nyawa
  • perlu diberitahu kepada doktor atau bidan segera
Penyebab pada peringkat awal kehamilan
  • keguguran
  • kehamilan ektopik atau di luar rahim
  • kehamilan molar
Penyebab pada akhir kehamilan
  • abrupsi plasenta
  • plasenta previa
  • kelahiran berdarah
Punca lain
  • ektropion-perubahan di pangkal rahim, tidak merbahaya, berlaku di pertengahan kedua kehamilan
  • jangkitan pada faraj atau kecederaan
  • sebab yg berkaitan dgn pangkal rahim spt polips, neoplasia atau servisitis
  • pendarahan selepas persetubuhan
  • atau tidak diketahui puncanya-50% berlaku di trimester pertama

Apr 15, 2012

Tanda-tanda Hampir Melahirkan..

Haaaa... saya baru dapat 1 komen dan soalan dari seorang pembaca yang sudi menghargai blog saya ..terimakasih banyak..
Mungkin ramai ibu-ibu kat luar sana juga mempunyai soalan yang sama..

Soalan pembaca blog saya:

"i am pregnant about 8 and 1/2 months. the thing is lately i perasan the keputihan dah tukar into stain yang kaler cokelat and it does smells like blood. itu pun tanda tanda nak bersalin ke? baby pon dah pusing half i guess dia dah melintang sekarang. kaki pun da agak slalu kebas kebas. hampir dah ke masanya. ee cuak tol"

Ok..kat sini saya sediakan sedikit info mengenainya..
Apa pun kita semua perlu faham yang Lain Orang Lain Gayanya ..
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)

Apr 14, 2012

Nasihat Penting Untuk Ibu-ibu

Susu ibu
  • khasiat penting kepada bayi
  • melindungi bayi daripada penyakit
  • memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
  • ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain
  • cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
  • menyusukan bayi dengan kerap
  • mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan
Nasihat khusus untuk ibu bekerja
  • bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
  • memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
  • jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
  • sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
  • susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
  • jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu
Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
  • memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
  • memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
  • selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu
Pemberian susu tambahan
  • jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
  • jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
  • anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
  • sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

Apr 13, 2012

Senaman Selepas Bersalin

anda boleh melakukan senaman seminggu selepas melahirkan bergantung kepada:
  • keadaan anda dan
  • nasihat doktor
Kebaikan:
  • menggiatkan kembali otot-otot anda
  • memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan anda
  • mengurangkan berat badan anda yang naik ketika hamil
  • menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
  • membina teknik-teknik yang sesuai supaya anda dapat berehat dan tidur dalam waktu-waktu awal selepas melahirkan
  • ini penting kerana waktu tidur anda sering terganggu disebabkan penyusuan yang terpaksa diberikan di tengah malam
Senaman pernafasan
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • sebelah tangan anda diletakkan pada perut
  • tarik nafas anda melalui hidung
  • tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  • hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  • leher dan bahu jangan bergerak
Senaman perut
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • rapatkan tangan di sisi badan
  • angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  • lakukan semula pada kaki yang sebelah lagi
Senaman dada
  • baring menelentang
  • rapatkan tangan anda ke sisi badan
  • angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-duanya bersentuhan
  • kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan anda
  • lakukan sebanyak 20 kali
Senaman mengangkat punggung
  • baring, rapatkan lutut dan tegakkannya sementara kaki dibuka
  • angkat bahagian punggung anda dengan tapak kaki menekan lantai
  • jangan angkat bahu anda
  • biarkan sedemikian dengan kiraan 5
  • kembalikan punggung ke keadaan asal
  • lakukan sebanyak 10 kali
Senaman kaki
  • baring dengan melunjurkan kaki
  • gerakkan kedua-dua kaki anda
  • putarkan kedua-dua kaki anda dengan tumit dibuka

Apr 12, 2012

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital
  • 2 helai tuala mandi
  • 2 helai selimut
  • 20 helai kain lampin / pampers
  • 2 pin besar
  • 4 helai seluar kalis air
  • 4 helai baju / baju sejuk
  • 4 pasang seluar panjang
  • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 helai tuala muka
  • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  • 1 helai pakaian biasa
  • 2 pasang stokin
  • 1 pasang selipar
  • 3 helai coli khas untuk menyusu
  • 2 pasang pelapik coli
  • 5 helai seluar dalam pakai buang
  • sikat
  • berus gigi dan ubat gigi
  • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  • pakaian untuk pulang ke rumah
  • bahan bacaan
  • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
  • surat rujukan doktor
  • kad pengenalan anda
  • kad pengenalan suami anda
  • surat nikah
  • wang

Apr 1, 2012

Resipi Negeri Sembilan : Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 10 biji cili padi dikisar
  • 3 biji cili hidup dikisar
  • 3 batang serai diketuk
  • 3 batang bunga kantan dihiris
  • 5 helai daun kesum
  • 2 cawan air
  • garam, minyak masak dan gula pasir

Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk
  • Tumiskan bahan yang dikisar
  • Kacau seketika
  • Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum
  • Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin
  • Apabila mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masak hingga pekat

Bacaan lanjut: Penternakan Ikan Patin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...