Jan 31, 2008

Mengapa Harus Memberi Makanan Pejal Pada Waktu Sesuai


Bayi :
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti:
    • mencapai makanan jika masih mahu makan
    • berpaling jika sudah kenyang
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko seperti:
    • gastrointestinal
    • pernafasan
    • jangkitan telinga pada bayi
Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan
  • Merupakan cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat
  • Bekalan susu ibu lebih stabil

1 Komen Anda Di Sini:

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...