Showing posts with label Pantang Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Pantang Bersalin. Show all posts

Feb 5, 2008

Pemakanan Selepas Bersalin

Makan Makanan Berkhasiat
  • akan menyihatkan anda selepas bersalin
  • dapat membantu mengeluarkan susu badan
  • banyakkan minum air terutamanya air masak
  • jika perlu doktor anda akan mencadangkan anda vitamin/zat galian tambahan

Pemeriksaan Selepas Bersalin

  • selepas 5 minggu melahirkan anak, anda perlu berjumpa dengan doktor
  • untuk menentukan kesihatan anda
  • ini waktu yang sesuai berbincang dengan doktor tentang perancangan keluarga

Puerperium (Sewaktu Pantang)

Puerperium (Tempoh Pantang)
  • peringkat di antara kelahiran anak sehingga 6 minggu selepas kelahiran
  • badan ibu akan kembali kepada keadaan biasa (peringkat sebelum hamil)
  • pengeluaran susu badan bermula
  • ibu sepatutnya memberi susu badan sepenuhnya pada bayi
Masalah yang mungkin dialami:

Jangkitan episiotomi
  • sewaktu bersalin, doktor anda mungkin terpaksa melakukan pemotongan kecil pada perineum yang dikenali sebagai episiotomi untuk
  • meluaskan saluran peranakan
  • memudahkan anda bersalin
  • mengelakkan perineum daripada terkoyak
  • luka ini akan dijahit semula selepas bersalin
  • biasanya ia akan cepat sembuh
  • anda mestilah membasuhnya selalu supaya sentiasa bersih
  • jika anda berasa sakit atau bengkak semasa penyembuhannya, jumpalah doktor anda
Kesakitan selepas bersalin
  • berlaku pada hari pertama dan kedua selepas bersalin
  • berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yang mula kembali ke saiz asal
  • proses pengecutan rahim akan menjadi lebih cepat sekiranya anda menyusukan bayi
Buah dada terasa padat
  • berlaku pada awal kelahiran
  • ia perkara biasa
  • akan hilang setelah anda mulakan penyusuan
  • gunakan coli yang dapat mengampu buah dada dengan baik
Keletihan
  • anda perlu banyak berehat
  • minta bantuan suami atau keluarga untuk menguruskan rumah dan anak-anak yang lain

Jan 21, 2008

Bantuan Dari Suami Selepas Melahirkan


  • Menolong membuat kerja-kerja rumah sementara
  • Membaca atau bermain dengan anak-anak yang lain
  • Memahami perubahan emosi isteri selepas melahirkan
  • Menolong menyediakan makanan yang seimbang untuk isteri yang baru melahirkan
  • Membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang teknik dan faedah memberi susu badan
  • Menjauhkan diri daripada orang-orang yang tidak menyokong ibu-ibu yang mahu menyusui anak-anak mereka sendiri
  • Memberi sokongan jika anda menghadapi masalah dalam menyusukan bayi anda

Jan 10, 2008

Buasir Selepas Bersalin

  • Terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar
  • Disebabkan oleh sembelit atau pun najis keras
  • Mungkin juga disebabkan oleh:
    • Masalah cirit-birit
    • Batuk yang teruk
    • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
    • Kekerapan mengangkat benda berat

Jan 4, 2008

Pelbagai Resipi Orang Pantang

Lauk yang sesuai
  • Ikan selar
  • Ikan cencaru
  • Ikan haruan
  • Belut
  • Ayam
  • Daging
Sayur yg sesuai
  • Sawi
  • Peria
  • Carrot
  • Pegaga
  • Ulam raja
  • Cekur
  • Daun Kunyit
Ikan Selar / Cencaru Panggang
  • Garam kunyitkan ikan selar atau cencaru
  • Balut dengan daun pisang atau daun kunyit
  • Panggang
Halia Muda Goreng
  • Halia muda dihiris nipis-nipis
  • Digoreng garing
  • Angkat dan toskan untuk keringkannya dari minyak
  • Simpan dalam bekas kedap udara
  • Makan dengan nasi panas
Sup Sayur Campur
  • Carrot dan sawi dipotong
  • Halia dimayang halus
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Lada hitam ditumbuk sedikit
  • Bawang putih diketuk
  • Bawang merah dimayang
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan lada hitam
  • Masukkan air
  • Masukkan sayur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Apabila mendidih, sedia untuk dihidang
Ayam Panggang
  • Ayam
  • Halia ditumbuk
  • Kunyit segar ditumbuk
  • Bawang merah & putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
  • Perap ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam secukup rasa
  • Perap pada waktu pagi
  • Panggang pada waktu tengahari
  • Boleh juga digoreng dengan minyak yang sedikit
Kerabu Ulam
  • Pegaga
  • SeraiKayu (Daun Salam)
  • Daun Cekur
  • Lada hitam ditumbuk lumat
  • Bawang merah ditumbuk lumat
  • Isi ikan selar panggang ditumbuk lumat
  • Tambah garam dan gula secukup rasa
  • Hiris nipis-nipis (jika suka) daun-daun ulam (boleh campur jika suka)
  • Gaul bersama bahan-bahan yg ditumbuk
  • Boleh dibuat stok dan disimpan di dalam peti ais
Sup (Ayam atau Ikan Haruan)
  • Ayam atau ikan haruan
  • Halia dipotong
  • Bawang merah ditumbuk
  • Bawang putih ditumbuk
  • Bawang besar dimayang
  • Lada hitam ditumbuk
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak
  • Masukkan ayam atau ikan haruan
  • Masukkan lada hitam dan air
  • Rebus sekaligus hingga mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
Ikan Goreng Halia Muda
  • Ikan
  • Halia muda di hiris
  • Bawang besar dimayang
  • Ikan digoreng
  • Goreng halia muda dan bawang besar bersama ikan
Ikan Bilis Masak Lemak
  • Ikan bilis (agak-agak saja banyaknya)
  • 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
  • 2-3 ulas bawang kecil
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Lada hitam
  • Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang merah dan lada hitam
  • Bahan yang ditumbuk, dimasukkan ke dalam santan
  • Jerang atas api
  • Kacau selalu, kalau tidak nanti naik minyak
  • Agak-agak dah mendidih, masukkan ikan bilis
  • Tunggu sampai masak dan hidangkan
Ikan Haruan Goreng Rempah
  • 1 ekor ikan haruan (sedang besar)
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 40 biji lada hitam ditumbuk atau 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu rempah ikan
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Ikan disiang dan dipotong lebih kurang 2 inci
  • Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk
  • Perapkan selama 15minit
  • Goreng ikan hingga kekuningan( angkat dan tos minyak)
  • Tumis bawang (tumbuk) dan halia (diketuk)
  • Masukkan rempah dan lada hitam hingga naik minyak
  • Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa, gula dan garam
Sup Kurma Merah(Cina)
  • 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
  • 20 gm kacang hitam
  • 20 gm kurma merah
  • Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk
  • Sesuai dimakan semasa masih panas
Sup Lobak Putih(Cina)
  • Dapat menambahkan susu ibu
  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • Garam secukup rasa
  • Didihkan air dalam periuk
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidangkan
Ikan Bilis Berkunyit(Melayu)
  • 5 cm kunyit
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 camca teh lada hitam
  • Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat)
  • Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti ulam pegaga dan daun selom
Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
  • Ikan haruan @ Tenggiri
  • Lada hitam 20 biji
  • Halia 1 inci @ lebih
  • Kunyit hidup 1 inci @ lebih
  • Bawang putih 2 ulas
  • Asam keping 2 keping
  • Air garam secukup rasa
  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Halia, kunyit hidup & bawang putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis
  • Masukkan ikan dipotong ikut suka
  • Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk
  • Isi air, agak-agak menutupi ikan
  • Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi ke dalam periuk yang sama
  • Masakkan sehingga kuahnya pekat
  • Makan dengan nasi panas
  • Kalau kita hiris bahan-bahan tadi, kita boleh makannya sekali
Limpa Goreng Kunyit
  • 1/2 kilo limpa dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • Kunyit hidup ditumbuk halus
  • Halia ditumbuk halus
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada hitam @ putih ditumbuk halus
  • Kunyit serbuk dua sudu kecil
  • Asam keping 1 keping
  • Garam
  • Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam
  • Goreng hingga agak garing, toskan
  • Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
  • Bancuh kunyit serbuk dengan air.Masukkan dalam tumisan tadi
  • Masukkan limpa goreng tadi
  • Tambah serbuk perasa dan garam jika perlu
  • Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu
Ikan Masak Pindang
  • 2 keping ikan merah/ tenggiri (yang sudah siap dipotong)
  • 2 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
  • 2 cawan air (agak-agak la, jangan banyak sangat)
  • 1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
  • Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis
  • Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa
Ayam Halia Kukus
  • Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
  • Garam
  • Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sediakan periuk kukus, masak air dahulu
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
  • Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, ladahitam, garam dan serbuk perasa
  • Bubuh minyak bijan dan gaul rata
  • Akhir sekali kukus sehingga ayam masak
  • Elok dimakan ketika panas
Kerabu Pegaga
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • Sedikit garam
  • Seikat daun pegaga dihiris
  • Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati
Ikan Tenggiri Masak Halia
  • 2 ketul ikan digoreng
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris memanjang
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
Ikan Gelama Masak Asam
  • 2 ekor ikan gelama
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 mangkuk air asam
  • Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili
  • Masukkan air asam dan garam
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan tadi
Sawi Tumis Air
  • Sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 10 biji lada hitam
  • 1 pokok sawi dicuci dan dipotong
  • Tumbukkan lada hitam, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
  • Tumiskan bahan tumbuk tadi dan masukkan air
  • Apabila mendidih masukkan sawi, biarkan sekejap
  • Tutupkan api
Kucai goreng kicap
  • 1 ikat kucai dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihirs
  • 3 ulas bawang putih dhiris
  • Kicap
  • Tumiskan bawang merah dan bawangbputih
  • Masukkan kucai, garam dan kicap
Kari Ikan Haruan
  • 1 ekor ikan haruan dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bawang putih(dimesin)
  • 1 biji bawang besar(dimesin)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 1 mangkuk air asam
  • Tumiskan daun kari, halba dan bawang besar yg dihiris
  • Masukkan bawang yg dimesin, biar sebentar
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air
  • Masak hingga rempah betul-betul masak
  • Masukkan air asam dan ikan
  • Tambahkan garam dan gula
  • Apabila ikan dah masak, tutupkan api
Peria Goreng Bilis
  • 5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong
  • Rendamkan dalam air garam
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kunyit dan peria yang telah dipotong
  • Masukkan ikan bilis
  • Gorengkan hingga peria lembut sedikit
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidang
Sup Ikan Tenggiri
  • 1 ketul ikan tenggiri
  • Sedikit minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Seulas halia diketuk
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun sup
  • Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan
  • Masukkan air dan tomato
  • Apabila mendidih, masukkan ikan dan daun sup
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Biar seketika dan tutupkan api
Ikan Masak Berkuah
  • Bawang putih, bawang merah dan lada hitam (ditumbuk halus)
  • Tumis sampai naik bau
  • Gunakan minyak yg sedikit
  • Bancuh serbuk ketumbar 1 sudu besar
  • Masukkan dlm bahan tumisan
  • Renih hingga mendidih bersama-sama ikan
  • Kalau nak sedap, tumis bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu
Sambal Halia
  • 4 biji ketul halia padi (halia ni kecil dan sangat pedas)
  • Sedikit kunyit hidup yg muda - mata kunyit yg kecil
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2-3 biji bawang merah
  • 5-6 biji lada hitam
  • Garam
  • 2 sudu air asam jawa yang pekat
  • Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan garam
  • Campurkan ikan bilis dan bawang merah dalam lesung
  • Tumbuk sekali
  • Jgn sampai bawang dan ikan bilis lumat sangat
  • Masukkan ke dalam piring
  • Masukkan air asam tadi
  • Makan dengan nasi panas bersama ikan panggang dan sayur
  • Kalau tidak suka halia padi sebab pedas, boleh guna halia biasa

Jan 3, 2008

Tips Tambahan Orang Pantang

  • Dinasihatkan agar memakan makanan yang boleh memanaskan badan seperti:
    • halia
    • lada hitam
    • rempah-rempah
    • air rebusan manjakani
    • air akar kayu (yang tidak panas untuk ibu yang menyusu)
    • daun pegaga
    • #pegaga elok dimakan agar:
      • awet muda
      • sebagai perawatan dalaman
      • supaya rahim tidak terlalu tegang atau kendur
  • Elakkan daripada memakan makanan sejuk seperti:
    • pucuk ubi kayu
    • kekacang
    • pucuk paku
    • kubis
    • kangkung
    • timun
    • bayam
    • tembikai
    • jambu batu
    • air kacang soya
  • Hindari juga makanan tajam dan berbisa seperti:
    • rebung
    • cuka
    • nenas
    • air tebu
    • air kelapa
  • Kawal perasaan jangan bersedih atau berasa tertekan
  • Rambut perlu diikat tegang agar kepala tidak masuk angin
  • Duduk pula hendaklah bersimpuh dan rapatkan paha supaya tulang punggung tidak kembang

Bertungku Semasa Berpantang

  • Caranya hampir sama seperti mengurut
  • Dilakukan selama sejam sebelum atau selepas mengurut
  • Dipercayai dapat:
    • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
    • Memperbetul serta melancarkan perjalanan darah
    • Melancarkan darah nifas
  • Sebaiknya dilakukan dengan menggunakan batu sungai
  • Kesan bertungku bukan kerana berat batu tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam
  • Seeloknya dilakukan hingga 44 hari

Mandi Dalam Pantang

  • Seeloknya mandi air rebusan daun kayu seperti:
    • daun kunyit
    • daun lengkuas
    • daun serai wangi dll
  • Setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri
  • Dipercayai dapat:
    • Mengeluarkan angin dalam badan
    • Mengendurkan otot
    • Menghaluskan kulit
    • Untuk awet muda

Berurut Dalam Pantang

  • Untuk kesihatan dan kecantikan
  • Seelok-eloknya selepas tiga hari bersalin
  • Biasanya dilakukan setiap pagi sebelum mandi
  • Bertujuan:
    • Untuk awet muda
    • Melancarkan peredaran darah
    • Membuang angin
    • Membetulkan urat saraf
    • Menenangkan fikiran
    • Menyihatkan badan
  • Badan sebaiknya diurut sekurang-kurangnya sekali sebulan

Kongsi Tips Orang Berpantang

Tips-tips ni datangnya daripada beberapa rakan yang ingin berkongsi pengalaman:
  • Biasanya berurut selepas 3 hari bersalin
  • Jangan lupa berbengkung untuk kembalikan badan ke bentuk asal
  • Biasanya sapu air limau nipis + kapur dulu di perut sebelum berbengkung
  • Pakai bengkung sampai habis pantang (kalau larat) untuk kempiskan perut
  • Bertungku juga sangat penting untuk melancarkan peredaran darah
  • Sebaiknya tanyalah ibu anda atau bidan untuk teknik bertungku yg betul
  • Jangan silap teknik bertungku
  • Berurut (seelok-eloknya 3 hari berturut-turut)
  • Dlm pantang seeloknya pakai stokin setiap hari
  • Elakkan ibu jari tersepak sesuatu kerana dikhuatiri akan memudaratkan rahim
  • Cuci luka (jahitan) dengan dettol dan seeloknya dengan air rebusan buah manjakani
  • Minum air manjakani + halia. Caranya:
    • Rebus manjakani dan halia satu cawan
    • Rebus sampai airnya tinggal suku cawan
    • Solawat dan minum
    • Manjakani elok untuk mengecutkan rahim dan mengetatkan faraj
    • Buah yang sudah direbus jangan dibuang
    • Basuh dan rebus buah itu untuk digunakan sebagai pencuci luka
  • Mandi air suam sekurang-kurangnya 7 hari
  • Seeloknya mandi dengan air rebusan daun-daun kayu seperti:
    • Daun kunyit
    • Daun lengkuas
    • Daun serai wangi dll

Jan 2, 2008

Menu Orang Pantang

Menu semasa saya mengandungkan anak pertama dulu:
  • Breakfast
    • 5 keping biskut jacob's brand atau 3 keping roti gardenia kosong
    • Segelas milo panas sederhana besar
  • Lunch
    • Nasi semangkuk kecil
    • Sup ayam bergilir-gilir dengan sup ikan haruan atau sup belut
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak bersama ikan bilis
  • Dinner
    • Kadang-kadang nasi semangkuk kecil
    • Ikan cencaru atau ikan selar bakar
    • Bergilir-gilir dengan daging bakar sos lada hitam
    • Sayur sawi atau peria digoreng dengan sedikit minyak dan ikan bilis
  • Sentiasa amalkan air suam secukup mungkin untuk elakkan sembelit
  • Kalau boleh elakkan minum air teh
  • Amat digalakkan memakan buah kurma setiap hari untuk perbanyakkan susu ibu

Tips Pemakanan Semasa Pantang

  • Pemilihan makanan adalah bergantung pada individu
  • Sebaiknya minta nasihat dari doktor dan orang yang berpengalaman
  • Antara tips yang boleh dikongsi bersama:
    • Nasi mestilah nasi yang panas.Jangan makan nasi sejuk
    • Makan ikan segar
    • Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan bisa-bisa batu merian (uterus) yg masih lemah & luka, sebaiknya elakkan makan ikan berbisa seperti:
      • bawal hitam
      • terubuk
      • ikan berduri
      • ikan pari
    • Jika dikhuatiri berlaku perkara yang menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit, sebaiknya elakkan memakan:
      • ikan kembung
      • ikan tamban
      • ikan tongkol
      • makanan laut
      • telur
    • Digalakkan memakan ulam seperti:
      • pucuk pegaga
      • pucuk mengkudu
      • ulam raja & ulam2 yg lain
    • Sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti:
      • sawi
      • peria
      • lobak merah
      • asparagus
      • brokoli
    • Boleh juga memakan buah-buahan semasa seperti:
      • epal merah(bkn masam)
      • buah kurma
      • buah tin
      • buah zaitun
      • buah delima
      • blackcurrant(air-ribena)
      • limau manis (kecuali limau bali)
    • Buah peach & anggur (tidak digalakkan pada ibu-ibu yg lemah pada bahagian dada & paru-paru seperti masalah bronkitis kerana boleh menyebabkan batuk
    • Digalakkan minum air rebusan manjakani atau akar kayu yg sewaktu dengannya utk:
      • membuang angin
      • mencuci darah & kotoran melalui peluh
      • mencuci pundi2 kencing & saluran usus
    • Harus minum air masak selalu tapi bukan minum dalam kuantiti yang banyak dlm satu masa.Takut nanti perut buncit.Minum kerap tapi sedikit.Pastikan air yang diminum adalah air suam
    • Perbanyakkan solawat sebelum minum
    • Cadangan masakan:
      • Daging / ikan / ayam masak dengan brokoli+halia+lada hitam
      • Cara-cara:
        • Ikan / daging / ayam digoreng tapi jangan banyak minyak
        • Bila dah masak masukkan halia, brokoli dan lada hitam. Letak sikit garam
        • Kalau muak dengan ayam / daging / ikan, goreng ikan bilis dengan halia

Jan 1, 2008

Meroyan

  • Kemurungan selepas bersalin
  • Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan
  • Gejalanya:
    • Terasa sedih dan sugul
    • Kerengsaan dan keletihan
    • Tidak boleh tidur
    • Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.
  • Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar hormon di dalam badan yang berlaku semasa proses bersalin
  • Masih belum jelas kenapa masalah ini boleh berlaku
  • Kadang-kadang ia berlaku di kalangan sesetengah wanita dengan begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain
  • Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan untuk meminta pendapat atau nasihat daripada doktor atau orang terdekat
  • Jangan menidakkan keadaan ini kerana dalam situasi ini anda memang memerlukan pertolongan

Kemurungan selepas bersalin

  • Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin
  • Dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues)
  • Juga dikenali sebagai muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu dalam payudara
  • Disebabkan perubahan hormon yang berlaku di dalam badan
  • Akan hilang selepas beberapa hari
  • Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda kerana dikhuatiri anda mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan.

Diet Selepas Bersalin

  • Ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin
  • Ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badan asal
  • Cuba makan secara berkala dan sihat
  • Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman bergas.
  • Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda

Petua Melegakan Kesakitan Luka Bersalin

  • Kesakitan timbul bila perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut
  • Boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencucinya dengan air suam.
  • Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk
  • Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapnya
  • Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit
  • Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan

Lelehan Dari Faraj

  • Dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi
  • Dikenali sebagai lokia atau darah nifas
  • Seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak
  • Keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang
  • Biasanya ia berhenti pada akhir minggu kedua
  • Gunakan maternity pad atau tuala wanita yang lebih besar untuk menyerap lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan
  • Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin
  • Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya
  • Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, biasanya ibu akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

Senaman Selepas Bersalin

  • Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen
  • Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin sangat digalakkan
  • Membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj
  • Mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas
  • Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum
  • Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah untuk memulihkan kedudukan organ-organ ini setelah mengalami kelasakan bersalin

Sejurus Selepas Bersalin

  • Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil terutamanya jika wujudnya masalah seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak
  • Luka akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital jika ibu melalui pembedahan Episiotomi atau kelahiran yang telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj
  • Nasihat mengenai cara mengempiskan perut, senaman dasar pelvis dan nasihat mengenai perancang keluarga juga mungkin akan diberi
  • Pemeriksaan ke atas ibu akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi
  • Ibu akan ditanya mengenai darah nifas / lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih
  • Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir
  • Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian
  • Bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat
  • Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing
  • Payudara, abdomen dan jahitan jika ada juga akan diperiksa
  • Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim ibu
  • PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya
  • Ibu boleh berbincang terus dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...