Sep 19, 2007

Vitamin B Kompleks

Fungsi Vitamin B Kompleks

  • Untuk keseimbangan emosi terutamanya bagi wanita mengandung
  • Membantu hati berfungsi dengan baik terutamanya vitamin B12
  • Membantu mengekalkan kesihatan tisu otak, saraf, kulit, rambut, hati dan
    mulut
  • Antikanser dan anti tekanan
  • Diperlukan untuk pembentukan darah sekaligus mengatasi masalah anemia
  • Membantu merawat demam pada suhu tinggi
  • Meredakan kesakitan pada sendi dan tulang
  • Membina sistem imun yang kuat

Komponen Vitamin B Kompleks

  • Vitamin B1

    • Sumber:
      • Gandum
      • Daging
      • Susu
      • Kacang hijau
      • Beras
      • Telur

    • Kesan kekurangan vitamin B1
      • Kulit kering
      • Kulit bersisik
      • Daya tahan tubuh berkurang

  • Vitamin B2

    • Sumber:
      • Sayur-sayuran hijau
      • Kuning telur
      • Susu

    • Kesan kekurangan vitamin B2
      • Daya tahan tubuh berkurang
      • Kulit kering bersisik
      • Mulut kering
      • Bibir pecah-pecah

  • Vitamin B3

    • Sumber:
      • Buah-buahan
      • Gandum
      • Hati
      • Ikan
      • Kentang

    • Kesan kekurangan vitamin B3
      • Terganggunya sistem pencernaan
      • Otot mudah kejang
      • Insomnia (sukar tidur)
      • Mudah muntah dan mual-mual

  • Vitamin B5

    • Sumber:
      • Daging
      • Susu
      • Sayur-sayuran hijau
      • Hati
      • Kacang hijau

    • Kesan kekurangan vitamin B5
      • Otot mudah menjadi kejang
      • Sukar tidur
      • Kulit pecah-pecah dan bersisik

  • Vitamin B6

    • Sumber:
      • Kekacang
      • Jagung
      • Beras
      • Hati
      • Ikan
      • Daging

    • Kesan kekurangan vitamin B6
      • Kulit pecah-pecah
      • Kejang pada otot
      • Insomnia atau sukar tidur

  • Vitamin B12

    • Sumber:
      • Telur
      • Hati
      • Daging

    • Kesan kekurangan vitamin B12
      • Kurang darah atau anemia
      • Cepat penat
      • Lelah
      • Penyakit kulit

Sep 18, 2007

Buah : Asid Folik Tinggi

Buah-buahan Sitrus
  • Mempunyai banyak serat, Vitamin C dan ‘flavonoids’ yang membantu melawan kanser
  • Melindungi daripada penyakit jantung
  • Contoh:
    • Oren
    • Limau
    • Kiwi
    • Anggur
Kismis Hitam
  • Memperbaiki hempedu
  • Menghilangkan lendir
  • Memperkuat urat saraf
  • Memperbagus perilaku
  • Memperindah jiwa
  • Mengelakkan sumbing
Beri Hitam / Strawberi
  • Kaya dengan serat
  • Mengatasi sembelit
  • Antikanser

Sep 17, 2007

Kekacang : Asid Folik Tinggi

Kacang Buncis
  • Mengandungi zat B-sitosterol dan stigmasterol yang mampu meningkatkan produksi insulin yang berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah
  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Terdapat ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan

Kacang Bendi
  • Banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan niasin
  • Elok untuk perkembangan otak
  • Merangsang buangan air kecil
  • Merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung

Kacang Panjang
  • Mengatasi gangguan saluran kencing
  • Mencegah kelainan antibodi
  • Meningkatkan penyatuan DNA dan RNA
  • Meningkatkan fungsi sel darah merah sekaligus mengatasi anemia (kurang darah)
  • Mengatasi sembelit
  • Meningkatkan stamina
Kacang Botol / Kelisa
  • Mengandungi kalsium, zat besi, vitamin A, Fosforus dan zat besi
  • Mengandungi asid lemak
  • Daunnya mengandungti protein, garam galian, vitamin A dan C
  • Baik untuk sistem penghadaman

Sep 16, 2007

Sayuran : Asid Folik Tinggi

Bayam
  • Mempunyai kandungan asid folik yang tinggi
  • Mengandungi kandungan zat besi yang cukup untuk mengatasi masalah berkaitan anemia
  • Ibu hamil amat digalakkan untuk mengambilnya setiap hari
Kangkung
  • Mempunyai serat yang tinggi
  • Mengurangkan sembelit
  • Mengatasi masalah sulit tidur kerana ia bertindak sebagai penenang (sedatif)
  • Mampu membawa zat yang berkhasiat ke salur pencernaan
  • Mampu meneutralkan racun dalam badan kerana ia bertindak sebagai antitoksin
Kobis
  • melancarkan sistem kedua-dua ginjal
  • melancarkan sistem saraf dan otak
  • menambah darah
Asparagus
  • Membuka sekatan pada buah pinggang
  • Memudahkan kelahiran anak

Asid Folik ( Folate )

  • Termasuk dalam golongan vitamin B kompleks semulajadi
  • Diperlukan sejumlah 600mcg oleh ibu hamil setiap hari
  • Wajib diambil terutama di awal kehamilan, sebaiknya diteruskan sehingga akhir kehamilan
  • Untuk pembentukan sel darah merah
  • Untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan
  • Membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
  • Mengurangkan risiko janin di dalam kandungan mengalami kecacatan tiub saraf seperti spina bifida
  • Sumber utamanya ialah:
  • Pengambilan ulam-ulaman, sayur-sayuran segar atau separa masak amatlah digalakkan

Sep 15, 2007

Sayangi Bayi dan Diri Anda

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, seronok untuk saya berkongsi dengan anda antara makanan yang saya ambil sewaktu hamil anak pertama. Antaranya ialah:
  • Suplemen seperti
    • Asid Folik
    • Vitamin B kompleks
    • Vitamin C
    • Multivitamin yang mengandungi zat besi
    • Biasanya akan dibekalkan dalam bentuk pil secara percuma oleh doktor semasa kita membuat pemeriksaan kesihatan kehamilan di klinik
  • Susu Anmum (Maternal)
  • Kurma
  • Kacang soya
  • Kismis
  • Sayur-sayuran hijau
  • Kekacang
  • Kerang
  • Air kelapa
  • Madu

Buah Dada Berair?







Adakah ia merbahaya?

  • Ia merupakan bonjolan yang kadangkala terdapat pada payudara bayi samada sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali
  • Merupakan perkara yang biasa terjadi
  • Tidak perlu memicit bonjolan tersebut kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman pula nanti
  • Bonjolan tersebut akan hilang dengan sendirinya
  • Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk kepastian

Sep 14, 2007

Kenali Ulser Mulut

Adakah anak anda mengalaminya?
  • Kerap berlaku pada kanak-kanak
  • Disebabkan jangkitan virus
  • Salah satu keadaan yang boleh menyebabkan ulser adalah penyakit hand-foot-mouth yang selalunya disebabkan oleh virus coxsackie
  • Boleh terdapat pada bibir atas dan bawah atau lidah dan lelangit
  • Kelihatan bulat-bulat putih yang dikelilingi oleh kesan merah
  • Bila ulser pulih, tanda-tanda bulat ini akan hilang terus dengan sendirinya
  • Jika lidah putih dan merekah, ini mungkin disebabkan oleh kesan tinggalan susu yang sudah dijangkiti fungus (thrush)
Kaedah mengubati ulser?
  • Lidah perlu dicuci
  • Sapu ubat antifungus di atas lidah
  • Paling penting: Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu!

Keperluan Kalsium Sehari

  • Kanak-kanak 1-2 tahun = 500mg kalsium
  • Kanak-kanak 4-8 tahun = 800mg kalsium
  • Kanak-kanak 9-18 tahun = 1300mg kalsium

Sep 13, 2007

Bayi dan Kolik









Ibu tertekan, bayi alami kolik?

  • Masalah biasa dan bukan sejenis penyakit
  • Masih belum diketahui punca sebenar
  • Berkemungkinan berpunca daripada corak penyusuan bayi:
    • Tertelan udara sewaktu menyusu
    • Terlalu lama kelaparan
    • Tidak menghadam susu dengan baik
    • Susu diberikan dalam keadaan sejuk
    • Pengeluaran hormon gastrin lebih daripada biasa
    • Corak pemakanan ibu
Corak pemakanan ibu penyebab kolik?
  • Elakkan makanan seperti:
    • Sayuran sejuk (timun, tauge, labu dll)
    • Buah-buahan sejuk (jambu batu, nangka, cempedak dll)
    • Minuman sejuk dan berais
    • Minuman berkarbonat
    • Minuman berkafein
    • Ubat-ubatan tertentu
    • Buah-buahan sitrus
    • Makanan pedas
    • Produk tenusu
    • Kekacang
Tanda-tanda Kolik
  • Menangis terlalu lama dan berterusan
  • Tangisan pada waktu antara 6 petang hingga tengah malam
  • Mengangkat kaki ke bahagian perut sambil meneran seperti mahu buang angin
  • Menunjukkan tanda lapar tetapi menolak apabila diberikan susu
  • Kerap kentut dan sedu
  • Muka bertukar merah
  • Menangis setiap kali lepas menyusu
  • Sukar tidur
Petua tangani kolik
  • Susukan bayi menerusi payudara sebelah kiri terlebih dahulu. Pastikan bayi berbaring di bahagian kanan. Setelah itu beralih ke payudara kanan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya refluks
  • Pastikan kedudukan botol senget sehingga puting dipenuhi susu jika anda memberikan susu botol kepada bayi anda
  • Letakkan tuala suam pada perut bayi anda
  • Letakkan bayi di atas perut anda sambil mengusap lembut belakang badannya supaya angin (kentut) dapat keluar
  • Dodoikan bayi untuk membantu angin keluar dari dalam badannya
  • Mandikan bayi mengunakan air suam
  • Gunakan minyak angin bagi melegakan perut bayi
  • Atau gunakan gripe water

Kesakitan Pubik









Mungkinkah ia SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)?

  • Dianggarkan seorang daripada 300 kehamilan hingga seorang daripada 30 000 kehamilan mengalaminya
  • Biasanya terjadi di akhir trimester yang pertama
  • Masih belum diketahui puncanya yang sebenar
Simptom SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)
  • Kesakitan di bahagian pelvik dan pangkal paha yang teruk walaupun tidak melakukan pergerakan yang banyak
  • Lebih teruk kesakitannya apabila membuang air kecil, mengangkang, berjalan, naik turun tangga dan sebagainya
  • Mungkin menderita sakit belakang dan pinggul
  • Merasai bunyi berdetik di bahagian pubik dan sakit menular ke paha dan di antara 2 kaki
  • Lebih kerap mengalami kesakitan pada waktu malam dan ia hanya boleh hilang setelah anda tidur
Petua hadapi SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)
  • Jangan terlalu mengendahkan kesakitan yang dialami
  • Lakukan pergerakan secara perlahan-lahan
  • Elakkan mengangkat atau menolak barang yang berat
  • Duduk dulu sebelum anda menyarung seluar
  • Langkah satu demi satu anak tangga ketika menaiki tangga
  • Elakkan duduk dengan kaki terkangkang
  • Rajinlah lakukan senaman lantai pelvik dan abdominal bawah

Petua Ubati Sakit Mata

Titiskan beberapa titis susu ibu ke dalam mata bayi dan biarkan ia seketika. Ulanginya untuk beberapa hari. InsyaAllah mata bayi akan pulih seperti sediakala.

Sep 12, 2007

Daging Kari

Bahan-bahan:
  • Daging (dihiris nipis-nipis mengikut kesukaan)
  • 2 cm Lengkuas
  • 1 cm Halia
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 batang Kayu Manis
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 paket Serbuk Kari
  • 1 biji Kelapa (Santan)
  • 1 keping Asam Keping
  • 1/2 keping Gula Melaka
  • Cili Kering (yang telah dikisar)
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
Cara-cara:
  1. Tumbuk lengkuas, halia, bawang putih dan bawang merah
  2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan cili kering
  3. Tumis bunga lawang, kayu manis dan cengkih hingga naik bau
  4. Masukkan bahan yang telah digaul tadi, tumis hingga naik bau
  5. Masukkan daging, kacau dan biarkan selama 10 minit
  6. Masukkan santan
  7. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa
  8. Masukkan asam keping
  9. Kacau sehingga daging empuk
  10. Sedia untuk dihidangkan

Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
  • Daging (dihiris nipis-nipis mengikut kesukaan)
  • 2 cm Halia (ditumbuk)
  • 2 ulas Bawang Putih (dititik)
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 1 biji Cili Masak (dipotong serong-serong)
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak
  • Kicap Manis
  • Garam
  • Cuka
  • Gula
  • Air
Cara-cara:
  1. Gaul daging dengan garam, serbuk kunyit dan halia yang ditumbuk secukup lalu diperap
  2. Rebus daging yang diperap dengan 2 cawan air (sehingga air hampir kering) dalam periuk
  3. Panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga nak bau
  4. Masukkan daging yang telah direbus tadi
  5. Masukkan sos tiram secukup rasa
  6. Masukkan bawang besar, digoreng hingga layu
  7. Masukkan kicap, garam, gula secukup rasa
  8. Masukkan air rebusan daging tadi dan masukkan sesudu teh cuka
  9. Biarkan hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan

Daging Goreng

Bahan-bahan:

  • Daging (dipotong nipis-nipis mengikut kesukaan)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 biji Cili Padi (dipotong serong)
  • Serbuk Kunyit
  • Garam

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa lalu diperap
  2. Rebus daging dalam secawan air selama 15 minit untuk lembutkan daging (sehingga kering air)
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
  4. Masukkan daging
  5. Masukkan bawang besar dan cili, goreng sehingga bawang layu
  6. Sedia dihidangkan

Kari Ayam

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 batang Kayu Manis
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 1 cm Halia
  • 2 cm Lengkuas
  • 1/2 keping Gula Merah
  • 3 sudu Cili Kering (yang dah dikisar)
  • 1 biji Kelapa (Santan)
  • Serbuk Kari
  • Serbuk Kunyit
  • Asam Jawa
  • Garam
Cara-cara:
  1. Tumbuk lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih hingga lumat
  2. Gaul bahan yang ditumbuk dengan serbuk kari, sedikit serbuk kunyit, cili kering kisar dan sedikit air asam jawa
  3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau
  4. Kemudian tumis segala campuran bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau
  5. Masukkan ayam dan gaulkan dan biarkan selama 5 minit
  6. Masukkan santan
  7. Masukkan gula merah
  8. Kacau hingga mendidih
  9. Masukkan garam secukup rasa, sedia dihidangkan.

Sup Ayam

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 3 cm Halia (dimayang)
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 batang Kayu Manis
  • 1 paket Sup Bunjut
  • 1 kiub Stok Ayam
  • 1 batang Lobak Merah (dipotong mengikut kesukaan)
  • 2 biji Ubi Kentang (dibelah empat)
  • Sos Tiram
  • Minyak Masak
  • Garam
  • Gula
Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah
  2. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau
  3. Tumis bawang yang ditumbuk tadi bersama halia hingga naik bau
  4. Masukkan ayam dan kacau sebentar
  5. Masukkan 3 cawan air (terpulang kpd banyak mana kuah yang anda suka)
  6. Masukkan sup bunjut dan 1 kiub stok ayam
  7. Masukkan ubi kentang
  8. Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lobak merah
  10. Setelah mendidih dan ubi kentang empuk, maka bolehlah dihidangkan

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 10 biji Cili Padi (kurangkan kuantitinya jika tidak suka pedas)
  • 2 biji Cili Masak
  • 2 cm Kunyit Hidup
  • 1 biji Kelapa (Santan)
  • Garam
  • Gula
  • Serai
Cara-cara:
  1. Tumbuk kunyit hidup, bawang merah, cili padi dan cili merah hingga lumat
  2. Serai dititik
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama serai tadi
  4. Masukkan santan
  5. Masukkan ayam
  6. Kacau sehingga ayam masak,jangan sampai pecah minyak
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Sedia dihidangkan

Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 3 ulas Bawang Putih (dititik)
  • 2 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 2 cm Halia (dimayang halus)
  • Sos Tiram
  • Kicap manis
  • Cuka
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Cili (dipotong)
  • Air
  • Minyak Masak
Cara-cara:
  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit,diperap sebentar
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak dan angkat
  3. Tumis bawang putih hingga naik bau
  4. Masukkan halia dan bawang besar, goreng sehingga bawang layu
  5. Masukkan sos tiram secukup rasa
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau
  7. Masukkan 1/4 cawan air
  8. Masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan 1 sudu teh cuka, kacau sehingga kuah pekat sedikit
  10. Sedia dihidangkan

Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 1 cm Halia
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • Cili kering (yang telah dikisar)
  • 5 sudu Minyak Masak
  • Sos Cili
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Gula
Cara-cara:
  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukup rasa lalu diperap
  2. Goreng ayam yang diperap tadi hingga separuh masak dan diangkat
  3. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat
  4. Tumis halia dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga naik bau
  5. Masukkan bawang besar, goreng sehingga layu
  6. Masukkan 7 sudu cili kering, tumis hingga masak
  7. Masukkan tomato kisar, tumis hingga masak
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Masukkan semula ayam yang dogoreng tadi, gaul hingga masak
  10. Sedia dihidangkan

Sep 11, 2007

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 2 ulas Bawang Putih (dititik)
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 2 biji Cili Masak (dipotong)
  • 4 urat Kacang Panjang (dipotong)
  • 3 sudu Minyak Masak
  • Sos Tiram
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
Cara-cara:
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit secukup rasa dan diperap
  2. Panaskan minyak
  3. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  4. Masukkan ayam yang telah diperap, goreng sehingga hampir masak
  5. Masukkan sos tiram secukup rasa
  6. Masukkan kacang panjang
  7. Masukkan bawang besar dan cili,goreng sehingga bawang layu
  8. Sedia dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...