Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Pedih Ulu Hati

  • Puncanya:
    • Hormon kehamilan menyebabkan:
      • lebih banyak asid gaster (asid di dalam perut) terhasil
      • perut lambat mengosong
    • Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil
    • Rahim yang kian membear menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung
    • Asid gaster naik dan memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih pada bahagian ulu hati
  • Cara mengatasinya:
    • Meminum lebih susu
    • Makan dalam kuantiti kecil pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3 kali kepada 5-6 kali sehari)
    • Kurangkan minum sewaktu makan
    • Seeloknya minuman diambil di antara waktu makan dan dikurangkan semasa makan
    • Duduk tegak selama sejam selepas makan
    • Mungkin anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid seperti:
      • gelusil actal atau
      • magnesium trisillicate
    • Dapatkan nasihat doktor sekiranya berterusan

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...