Jan 31, 2008

Tips dan Amaran Semasa Memberi Bayi Makan


Tips
  • Berikan makanan yang bayi gemari
  • Berikan sedikit dahulu
  • Tambah sesudu makanan setiap hari hingga bayi makan dua sudu penuh
  • Jika bayi gembira dengan dua sudu sehari, cuba berikan dia makan dua kali sehari
  • Gantikan satu minuman menerusi botol dengan cawan pada usia enam bulan
  • Lebih baik memberikan jus buah yang asli
  • Berikan bayi lebih banyak air masak
  • Perkenalkan satu makanan baru setiap 3-4 hari
  • Selepas sebulan anda boleh memberikan makanan tiga kali sehari
  • Dalam masa enam bulan bayi akan makan tiga kali sehari
  • Campurkan makanan dari semua kumpulan makanan untuk 3-4 bulan yang berikut
  • Ini dapat membantu anda mengenalpasti alahan yang mungkin dialami
  • Apabila bayi berumur 9 bulan, bayi mesti mendapatkan semua kumpulan makanan dalam sehari
  • Jangan risau jika anda lihat najis bayi anda berubah tekstur, warna dan juga bau selepas dia mula makan makanan pejal
  • Jika najisnya keras, hentikan dahulu pemberian makanan yang menyumbang kepada sembelit
Amaran
  • Jangan menggunakan botol susu yang dibesarkan lubangnya untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi
  • Jangan bubuh garam, gula atau rempah pada makanan bayi
  • Jangan berikan bayi anda minuman yang bergula
  • Jangan berikan makanan yang berbiji
  • Jangan berikan makanan yang terlalu keras untuk dikunyah
  • Awasi bayi anda semasa dia makan

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...