Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Sembelit

  • Sehingga 50% wanita hamil menghadapinya
  • Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak
  • Kesan daripada sembelit:
    • urat timbul di bahagian dubur
    • buasir mungkin berlaku
    • kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit teruk
  • Berpunca daripada beberapa faktor:
    • disebabkan peningkatan hormon kehamilan (hormon progesterone) yang melambatkan perjalanan usus
    • kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi
    • pengambilan pil zat besi
    • tekanan rahim ke atas usus besar
  • Cara mengatasinya:
    • harus meminum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
    • mengambil makanan berserat tinggi seperti:
      • bijirin
      • sayur-sayuran / ulaman
      • buah-buahan seperti betik dan pisang
    • menggunakan ubat untuk dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir, tetapi setelah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...