Oct 10, 2008

Hypokalemia (Kekurangan potassium dalam darah)

  • Kat sini nak cerita sikit pasal penyakit Hypokalemia yang adik ipar aku alami..

kredit: medicalnewstoday.com/
Nak tahu apa itu Hypokalemia?
  • Ia merujuk kepada keadaan seseorang yang mengalami kekurangan Potassium dalam darahnya

Nak tahu apa itu Potassium?
  • Potassium tu amat diperlukan oleh sel badan terutamanya bahagian saraf kita untuk berfungsi dengan baik
  • Kita boleh mendapatkan Potassium ni melalui makanan yang kita ambil
  • Potassium yang berlebihan akan disingkirkan oleh buah pinggang kita untuk memastikan kandungan mineral dalam badan kita seimbang
  • Hypokalemia berlaku apabila kandungan Potassium dalam darah kita terlalu rendah
Apakah punca yang mungkin jadi penyebab Hypokalemia?
  • Antibiotik (carbenicillin, gentamicin, amphotericin B)
  • Sesetengah ubat yang dikenali sebagai diuretics, yang boleh menyebabkan penghasilan urin yang berlebihan
  • Cirit-birit (termasuklah pengambilan bahan-bahan yang membantu memudahkan pembuangan air besar)
  • Penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang daripada berfungsi dengan baik (terutamanya dalam mengekalkan keseimbangan Potassium dalam darah contohnya seperti Liddle syndrome, Cushing syndrome, hyperaldosteronism, Bartter syndrome and Fanconi syndrome)
  • Pemakanan yang tidak betul
  • Perpeluhan yang berlebihan
  • Muntah yang berlebihan
  • Masalah buah pinggang
  • Kekurangan pengambilan sumber Potassium dalam diet pemakanan harian

6 Komen Anda Di Sini:

  1. Assalamualaikum. Nama saya Mohamad Akmal Fahmi dan berasal dari Mersing, Johor. Umur saya sekarang baru masuk 17 tahun. Saya dah menghidap penyakit hypokalemia/hypopotassium dari umur 11 tahun. Saya tiada masalah seperti berpeluh berlebihan, cirit-birit, muntah-muntah atau apa-apa yang menyebabkan kekurangan garam potassium tersebut. Saya juga tiada masalah buah pinggang yang menyebabkan sistem yang membuatkan garam tersebut stabil. Saya berkata sebegitu kerana saya telah menjalani ujian "Ultrasound" di Hospital Sultan Ibrahim pada tahun 2015. Sepanjang saya menghidap penyakit ini saya hanya bergantung kepada ubat "Potassium Chloride" atau pisang yang membolehkan saya mendapat garam potassium secukupnya. Doktor yang saya telah temui kebanyakkannya berkata sekiranya saya kerap mengambil ubat tersebut mungkin menyebabkan kegagalan jantung. Saya cuma ingin tahu bolehkah saya pulih dari penyakit ini kerana saya teringin jadi remaja yang normal semula. Saya tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak atau yang menyebabkan saya berpeluh teramat sangat. Saya berharap ada jalan penyelesaian terhadap penyakit saya ini. Sekiranya sesiapa mempunyai penyelesaian tolong hubungi saya.
    +6011-31418301 - Akmal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Sy jugak penghidap hypokalemia sejak sethn yg lalu,mulanya sy pun xtau ada pnyakit mcm ni smpaikn sy di warded sbb potassium sy tlampau rendah.. Time tu dya punya rasa xlarat sngt2, letih semcm, mkn xda selera n muntah teruk Dan smpai harini bertarikh 18/12/18 sy masih bgantung dgn ubat potassium yg wrna kuning tu skali 3biji/3x sehari bermakna setiap hari 9bji ubt tu sy tpaksa hadap.. Pnh Cuba stop sndiri, then perut n tangan jd kejang, so sy teruskn mkn jgk smpai harini.. Setiap bln jumpa dktor pkar, ambik darah, tngok result tetap still xnaik mna pun kndungn garam dlm darah..pernah buat ct scan buah pinggang alhamdulillah result jugak +iv, persoalan sy jugak sama.. Smpai bila sy harus bgantung dgn ubt potassium chloride tu.. - asmidar, jitra kedah

      Delete
  2. Assalammualaikum... Saya ibu kpada 3 chya mata..sya pun mghidap pnyakit n msa mgdg ank kdua..dan msa tu sya dah 35 minggu ..pyakit tu datg sendri lumpuh smua bdan dan di msuk kan hospital ...dlm keadaan sya mgdg dktr syorkn sya mlahirkan ank secara czer..tkut mmbhyakan kandgn dkt 3 minggu duk dlm hospital..sya jd thun 2015..lpas kluar hosptal sya jd nrmal dan bergntung dgn ubt tp sya x pnh wat chekup bila stiap kli jd..sya akn mkn ubt bli d farmasi..dia akn jd 6 bln skli..sampai sya mgdg ank k3 n sya jd blik dan di msukkan hospital..slma sminggu sya x pikir mslh kshtan yg sya fikir ank2 bila tiapkli msuk hspital...x nk berjauhan dgn ank2..skli lg sya jd blik smpai kndgan msuk 37 minggu terpksa czer..sya plk ada msalh kcg mnis msa mgdg..kerap ulng alik hospital bwa pert cek dqrah ambik dqrah jmpa pkar..smpai bsalin sya ingt pnyakit n akn hilng skrg ank dah 5 bln tiap kli nk jd sya akn berasa kaki tgn rsa x blh nk angkt ubt hspital dah hbis ..sya dah mlas nk sshkn suami amvik ctikerna sya terpksa mkn ubt farmasi jgk...sampai bila pnyakit n akn hilng dlm kturunan sya sorg je yg jd..stiap kli mgdg ada sja pnyakit kncg mnis darah tggi..skrg sya dah x blh mgdg dktr syorkn sya diikat terus..sya bru umur 36 thun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh email saya tak ttg penyakit puan ni semasa mengandung. Saya nk tanya pendapat. ainfatihah1801@gmail.com

      Delete
  3. Saya pon pesakit hypokalemia sejak 2005 semasa umur 12 tahun. Sekarang saya 26 tahun dan masih makan ubat potassium chloride. Redha jerlah. Doktor kata smpai mati saya bawak penyakit ni dan xkan sembuh. Hari2 dok ngadap pisang smpai naik jemu. Tapi nk wat mcm mana kan drpd duduk hosptal lbih baik mkn pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik, pm akak boleh tak nak tau sebab akak dua kali dah cek rendah dan kena ulang buat ecg..

      Delete

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...