Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Bengkak Kaki

  • Dikenali sebagai edema
  • Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan
  • Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari berdiri / berjalan
  • Ada pakar yang mengatakan ia adalah tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa
  • Namun, wanita itu dikatakan menghidapi penyakit toxemia jika bengkak kaki disertai dengan:
    • tekanan darah yang tinggi dan
    • kencing yang kotor iaitu mengandungi protein
  • Toxemia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami bengkak pada keseluruhan badan (muka, tangan dsb)
  • Jangan ambil sebarang ubat sebelum mendapat nasihat daripada doktor
  • Cara mengatasinya:
    • berbaring dan angkat kaki ke atas (melebihi paras jantung)
    • mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan ke atas saluran vena utama)
    • penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung
    • berehat secukupnya
    • berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari
    • tidur awal pada waktu malam

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...