Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Perlu Rawatan Segera

Pendarahan
  • Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil
  • Satu keadaan yang berbahaya
  • Boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandung
  • Jika berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan:
    • keguguran akan atau sedang berlaku
    • kehamilan luar biasa seperti
      • kehamilan di luar rahim atau
      • kehamilan anggur
  • Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan (selepas tujuh bulan) mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapan bayi
  • Setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit perlulah bertemu doktor untuk diperiksa
  • Jika perlu wanita tersebut mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya
Masalah Air Kencing
  • Kerapkali membuang air kencing
  • Bangun tiga atau empat kali semalaman
  • Rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing
  • Selepas lapan bulan usia kandungan, kepala bayi pula menekan pundi air kencing
  • Mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing
  • Ia boleh merebak ke buah pinggang
  • Boleh menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu
  • Boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan
  • Penting bagi ibu datang ke klinik ibu mengandung untuk memeriksa air kencing
  • Untuk menentukan sama ada telah dijangkiti kuman atau tidak
  • Rawatan sewajarnya perlu diberi
  • Rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah ubat antibiotik
Keputihan
  • Mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa
  • Disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan
  • Mungkin berpunca daripada tindakan hormon kehamilan atau
  • Juga disebabkan jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil
  • Menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau
  • Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah:
    • sejenis kulat yang digelar Monilia atau
    • kulat Candidiasis
  • Mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir
  • Antara rawatan yang diberikan doktor:
    • ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari
    • kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan
  • Kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...