Jan 4, 2008

Pelbagai Resipi Orang Pantang

Lauk yang sesuai
  • Ikan selar
  • Ikan cencaru
  • Ikan haruan
  • Belut
  • Ayam
  • Daging
Sayur yg sesuai
  • Sawi
  • Peria
  • Carrot
  • Pegaga
  • Ulam raja
  • Cekur
  • Daun Kunyit
Ikan Selar / Cencaru Panggang
  • Garam kunyitkan ikan selar atau cencaru
  • Balut dengan daun pisang atau daun kunyit
  • Panggang
Halia Muda Goreng
  • Halia muda dihiris nipis-nipis
  • Digoreng garing
  • Angkat dan toskan untuk keringkannya dari minyak
  • Simpan dalam bekas kedap udara
  • Makan dengan nasi panas
Sup Sayur Campur
  • Carrot dan sawi dipotong
  • Halia dimayang halus
  • Isi ayam dipotong dadu
  • Lada hitam ditumbuk sedikit
  • Bawang putih diketuk
  • Bawang merah dimayang
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • Masukkan isi ayam dan lada hitam
  • Masukkan air
  • Masukkan sayur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Apabila mendidih, sedia untuk dihidang
Ayam Panggang
  • Ayam
  • Halia ditumbuk
  • Kunyit segar ditumbuk
  • Bawang merah & putih ditumbuk
  • Lada hitam ditumbuk
  • Perap ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam secukup rasa
  • Perap pada waktu pagi
  • Panggang pada waktu tengahari
  • Boleh juga digoreng dengan minyak yang sedikit
Kerabu Ulam
  • Pegaga
  • SeraiKayu (Daun Salam)
  • Daun Cekur
  • Lada hitam ditumbuk lumat
  • Bawang merah ditumbuk lumat
  • Isi ikan selar panggang ditumbuk lumat
  • Tambah garam dan gula secukup rasa
  • Hiris nipis-nipis (jika suka) daun-daun ulam (boleh campur jika suka)
  • Gaul bersama bahan-bahan yg ditumbuk
  • Boleh dibuat stok dan disimpan di dalam peti ais
Sup (Ayam atau Ikan Haruan)
  • Ayam atau ikan haruan
  • Halia dipotong
  • Bawang merah ditumbuk
  • Bawang putih ditumbuk
  • Bawang besar dimayang
  • Lada hitam ditumbuk
  • Tumis bawang dan halia dengan sedikit minyak
  • Masukkan ayam atau ikan haruan
  • Masukkan lada hitam dan air
  • Rebus sekaligus hingga mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
Ikan Goreng Halia Muda
  • Ikan
  • Halia muda di hiris
  • Bawang besar dimayang
  • Ikan digoreng
  • Goreng halia muda dan bawang besar bersama ikan
Ikan Bilis Masak Lemak
  • Ikan bilis (agak-agak saja banyaknya)
  • 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
  • 2-3 ulas bawang kecil
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Lada hitam
  • Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang merah dan lada hitam
  • Bahan yang ditumbuk, dimasukkan ke dalam santan
  • Jerang atas api
  • Kacau selalu, kalau tidak nanti naik minyak
  • Agak-agak dah mendidih, masukkan ikan bilis
  • Tunggu sampai masak dan hidangkan
Ikan Haruan Goreng Rempah
  • 1 ekor ikan haruan (sedang besar)
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 40 biji lada hitam ditumbuk atau 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu rempah ikan
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Ikan disiang dan dipotong lebih kurang 2 inci
  • Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk
  • Perapkan selama 15minit
  • Goreng ikan hingga kekuningan( angkat dan tos minyak)
  • Tumis bawang (tumbuk) dan halia (diketuk)
  • Masukkan rempah dan lada hitam hingga naik minyak
  • Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa, gula dan garam
Sup Kurma Merah(Cina)
  • 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
  • 20 gm kacang hitam
  • 20 gm kurma merah
  • Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk
  • Sesuai dimakan semasa masih panas
Sup Lobak Putih(Cina)
  • Dapat menambahkan susu ibu
  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • Garam secukup rasa
  • Didihkan air dalam periuk
  • Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidangkan
Ikan Bilis Berkunyit(Melayu)
  • 5 cm kunyit
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 camca teh lada hitam
  • Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat)
  • Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman seperti ulam pegaga dan daun selom
Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
  • Ikan haruan @ Tenggiri
  • Lada hitam 20 biji
  • Halia 1 inci @ lebih
  • Kunyit hidup 1 inci @ lebih
  • Bawang putih 2 ulas
  • Asam keping 2 keping
  • Air garam secukup rasa
  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Halia, kunyit hidup & bawang putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis
  • Masukkan ikan dipotong ikut suka
  • Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk
  • Isi air, agak-agak menutupi ikan
  • Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi ke dalam periuk yang sama
  • Masakkan sehingga kuahnya pekat
  • Makan dengan nasi panas
  • Kalau kita hiris bahan-bahan tadi, kita boleh makannya sekali
Limpa Goreng Kunyit
  • 1/2 kilo limpa dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • Kunyit hidup ditumbuk halus
  • Halia ditumbuk halus
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Lada hitam @ putih ditumbuk halus
  • Kunyit serbuk dua sudu kecil
  • Asam keping 1 keping
  • Garam
  • Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam
  • Goreng hingga agak garing, toskan
  • Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
  • Bancuh kunyit serbuk dengan air.Masukkan dalam tumisan tadi
  • Masukkan limpa goreng tadi
  • Tambah serbuk perasa dan garam jika perlu
  • Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu
Ikan Masak Pindang
  • 2 keping ikan merah/ tenggiri (yang sudah siap dipotong)
  • 2 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
  • 2 cawan air (agak-agak la, jangan banyak sangat)
  • 1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
  • Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis
  • Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa
Ayam Halia Kukus
  • Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
  • Garam
  • Sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sediakan periuk kukus, masak air dahulu
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
  • Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, ladahitam, garam dan serbuk perasa
  • Bubuh minyak bijan dan gaul rata
  • Akhir sekali kukus sehingga ayam masak
  • Elok dimakan ketika panas
Kerabu Pegaga
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • Sedikit garam
  • Seikat daun pegaga dihiris
  • Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati
Ikan Tenggiri Masak Halia
  • 2 ketul ikan digoreng
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris memanjang
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng
Ikan Gelama Masak Asam
  • 2 ekor ikan gelama
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 ketul halia dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 mangkuk air asam
  • Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili
  • Masukkan air asam dan garam
  • Apabila mendidih tuangkan ke atas ikan tadi
Sawi Tumis Air
  • Sedikit ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 10 biji lada hitam
  • 1 pokok sawi dicuci dan dipotong
  • Tumbukkan lada hitam, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
  • Tumiskan bahan tumbuk tadi dan masukkan air
  • Apabila mendidih masukkan sawi, biarkan sekejap
  • Tutupkan api
Kucai goreng kicap
  • 1 ikat kucai dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihirs
  • 3 ulas bawang putih dhiris
  • Kicap
  • Tumiskan bawang merah dan bawangbputih
  • Masukkan kucai, garam dan kicap
Kari Ikan Haruan
  • 1 ekor ikan haruan dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bawang putih(dimesin)
  • 1 biji bawang besar(dimesin)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 1 mangkuk air asam
  • Tumiskan daun kari, halba dan bawang besar yg dihiris
  • Masukkan bawang yg dimesin, biar sebentar
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air
  • Masak hingga rempah betul-betul masak
  • Masukkan air asam dan ikan
  • Tambahkan garam dan gula
  • Apabila ikan dah masak, tutupkan api
Peria Goreng Bilis
  • 5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong
  • Rendamkan dalam air garam
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kunyit dan peria yang telah dipotong
  • Masukkan ikan bilis
  • Gorengkan hingga peria lembut sedikit
  • Jangan terlalu lama
  • Sedia untuk dihidang
Sup Ikan Tenggiri
  • 1 ketul ikan tenggiri
  • Sedikit minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • Seulas halia diketuk
  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun sup
  • Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan
  • Masukkan air dan tomato
  • Apabila mendidih, masukkan ikan dan daun sup
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Biar seketika dan tutupkan api
Ikan Masak Berkuah
  • Bawang putih, bawang merah dan lada hitam (ditumbuk halus)
  • Tumis sampai naik bau
  • Gunakan minyak yg sedikit
  • Bancuh serbuk ketumbar 1 sudu besar
  • Masukkan dlm bahan tumisan
  • Renih hingga mendidih bersama-sama ikan
  • Kalau nak sedap, tumis bawang besar dan bawang putih terlebih dahulu
Sambal Halia
  • 4 biji ketul halia padi (halia ni kecil dan sangat pedas)
  • Sedikit kunyit hidup yg muda - mata kunyit yg kecil
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2-3 biji bawang merah
  • 5-6 biji lada hitam
  • Garam
  • 2 sudu air asam jawa yang pekat
  • Tumbuk halia, kunyit, lada hitam dan garam
  • Campurkan ikan bilis dan bawang merah dalam lesung
  • Tumbuk sekali
  • Jgn sampai bawang dan ikan bilis lumat sangat
  • Masukkan ke dalam piring
  • Masukkan air asam tadi
  • Makan dengan nasi panas bersama ikan panggang dan sayur
  • Kalau tidak suka halia padi sebab pedas, boleh guna halia biasa

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...