Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Loya dan Muntah

  • Berlaku di peringkat awal kehamilan
  • Biasanya berlangsung selama tiga ke empat bulan
  • Disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah (hormon estrogen dan progesterone, yang dikeluarkan oleh janin yang dikandung)
  • Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah
  • Lazimnya dialami di waktu pagi
  • Mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala
  • Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini
  • Merupakan tanda awal bagi kehamilan
  • Boleh menjadi sangat teruk
  • Keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan
  • Lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam (mengidam)
  • Menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh
  • Mungkin membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah
  • Namun ia adalah satu gejala yang sementara sahaja
  • Biasanya akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan
  • Namun, ada juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak
  • Boleh menimbulkan:
    • rasa serba tak kena
    • tidak selesa dan
    • tidak bermaya untuk menjalankan tugas
  • Peringatan:
    • jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
  • Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah ini ialah:
    • stemetil
    • avomine
    • pyridoxine
  • Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

1 Komen Anda Di Sini:

  1. hiya


    Just saying hello while I read through the posts


    hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.

    ReplyDelete

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...