Jan 9, 2008

Ayam Golek Pesona Pengantin

Bahan-bahan utama:
  • 1 ekor ayam
  • 2 biji kelapa diambil santannya
Bahan-bahan untuk dikisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • 3cm halia
  • 2cm kunyit
  • 2 camca biji ketumbar
  • 5-6 biji buah keras
  • 20g cili boh
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Madu secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara:
  • Ayam jangan dipotong
  • Bersihkan dan tos airnya
  • Sapukan bahagian luarnya dengan madu dan perapkan seketika
  • Panaskan minyak yang banyak hingga tenggelam ayam
  • Goreng sehingga kuning keemasan
  • Setelah masak, angkat dan toskan
  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing
  • Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
  • Masukkan ayam dan biarkan beberapa minit
  • Perlahankan api agar santan sebati dengan ayam
  • Angkat dan hiaskan secantiknya
  • #Semasa hendak menggoreng ayam, pastikan minyak jangan terlalu panas

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...