Sep 20, 2008

Biskut Sampan

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 ¼ cawan gula halus
  • 1 cawan planta atau mentega
  • 3 biji kuning telur
  • 1 camca teh perisa vanila
  • 1 tin kelapa kering (separuh sahaja)
  • 1 cawan badam cincang

Cara :

  • Kacau gula dan planta hingga kembang.
  • Kemudian masukkan kuning telur dan perisa
  • vanila , kelapa kering, badam cincang dan tepung gandum dan kacau.(adunannya
  • adalah lembut).
  • Sapukan sedikit planta pada acuan sampan pada kali pertama bakar.
  • Gunakan sudu untuk memasukkan adunan kedalam acuan sampan.
  • Sapukan kuning telur dipermukaan biskut dan hiaskan diatasnya dengan badam hiris, ceri merah dan ceri hijau.
  • Kemudian bakar hingga kekuningan.
  • Semasa panas panas ketukkan biskut tadi keluar dari acuannya.

Biskut Sarang Semut

Bahan- bahan :
  • 6 oz tepung gandum
  • 1 biji merah telur
  • 6 oz tepung jagung
  • 4 oz gula halus;
  • 4 oz mentega
  • ½ camca teh serbuk kayu manis

Cara :

  • Ayak tepung gandum + tepung jagung serta kayu manis.
  • Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
  • Masukkan acuan ke dalam tin.
  • Bila mentega kembang, masukkan telur dengan tepung dan uli hingga sebati.
  • Simpan adunan dalam peti ais (1jam).
  • Parut adunan dengan penarut mata halus.
  • Taburkan coklat rice dan bakar.

Biskut Semperit

Bahan-bahan :
  • 3 gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur kuning rebus
  • 1 camca teh vanilla
  • 1 camca teh baking powder

Cara :

  • Pukul marjerin dengan gula hingga kembang
  • Kemudian masukkan telur rebus (kuning) dan vanilla.
  • Akhir sekali masukkan baking powder dan gandum.
  • Gaul hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko.
  • Masukkan kedalam acuan ½ koko+ ½ kuning, tekan dan potong. Bakar

Biskut Siput

Bahan-bahan :
  • 100 oz tepung ubi kayu (kanji)
  • 5 oz tepung gandum
  • ¾ cawan mentega
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh vanilla

Cara :

  • Ayak tepung ubi, gandum dan baking powder dalam satu bekas
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen.
  • Pukul lagi, masukkan tepung sedikit-sedikit, jadikan satu adunan.
  • Bila semuanya sebati, ambil sebesar ibujari tiap-tiap satu dan digentel panjang dan pusing seperti bentuk siput.
  • Bentukan semula, letakkan tangkainya
  • Setelah itu sapukan diluarnya dengan kuning telur tadi.
  • Bila selesai, bakar.

Biskut Tart Gulung

Bahan-bahan:
  • 1 buku buttercup
  • 3 sudu gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • tepung gandum (tambah sedikit serbuk penaik ( ½ sudu teh)
Cara :
  • Butter dan gula di pukul sampai kembang
  • Masukkan kuning telur
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat dijari.
  • Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan samprit kemudian picitkan dengan keadaan bentuk gigi di bawah.
  • Anggarkan sepanjang 2 inci
  • Masukkan jem nanas (dibulat-bulatkan terlebih dahulu) dan gulung.
  • Sapukan sedikit kuning telur di atas kuih dan bakar.
Intinya
  • 1 biji nanas yang setengah masak(diparut)
  • 1 cawan gula pasir
  • sedikit minyak sapi /mentega
  • tepung jagung
  • limau nipis
  • pewarna kuning
Cara :
  • Toskan sedikit nanas parut tapi jangan di perah
  • Masak hingga agak kurang airnya kemudian masukkan gula.
  • Bila agak kering masukkan air limau nipis sesudu , pewarna kuning dan butter.
  • Untuk mengentalkan tabur satu sudu tepung jagung.
  • Pastikan jangan sampai inti terlalu kering. Ianya akan menyebabkan inti tart liat.

Biskut Tart Nenas

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum
  • 125 gm marjerin
  • 1 biji telur(dipukul)
  • 2 sudu besar air
  • sedikit garam
Untuk intinya:
  • 185 gm gula pasir
  • 1 biji nenas diparut
  • 3 kuntum bunga cengkih
Cara :
  • Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat.Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
  • Adunan dimasukkan dalam acuan (macam acuan biskut dahlia) kemudian di picit keluar ke atas dulang.
  • Adunan yang picit keluar agak panjang maka perlu dipotong mengikut intinya (banyak atau sikit).
  • Adunan yang dipotong diterbalikkan dan masukkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan.
  • Then, tutuplah adunan tu (dengan menemukan hujung & angkalnya), bila ditutup maka yang bergerigi tu di bhg ataslah.
  • Last sekali, sapukan sedikit kuning telur diatasnya supaya nampak berkilat.
  • Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 20-30 minit.

Sep 12, 2008

Hati Masak Daun Limau Purut

Bahan-Bahan:

  • ½ kati hati lembu (direbus hingga empuk)
  • 5 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dikoyak-koyakkan)
  • 6 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah atau
  • 4 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia (dihiris halus)
  • ½ camca besar ketumbar
  • ½ camca teh jintan manis
  • ½ camca teh jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  • Hati lembu dipotong kecil-kecil.
  • Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis dan jintan putih digiling hingga lumat.
  • Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga garing. Masukkan sedikit pati santan jika suka.
  • Kemudian masukkan hati dan daun limau purut..
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalamnya sambil digaul rata.
  • Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Daging STEW

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Bawang Merah/Putih
  • Serbuk lada Hitam
  • Cili Sos
  • Sos Tiram

Cara:

  • Tumiskan bawang, masukkan daging & lada hitam dan sedikit air.
  • Biarkan daging empuk
  • Lastly masukkan cili sos dan sos tiram dan sedikit garam.

Daging Panggang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
  • 500 gm daging batang pinang
  • 30 gm ubi kentang
  • 10 gm bawang merah
  • 10 gm cili padi
  • 5 gm bawang putih
  • 5 gm halia
  • 5 gm kunyit hidup
  • 5 gm buah keras
  • 2 biji asam limau(ambil air)
  • 1 biji kelapa(ambil santan)
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 sudu minyak masak

Cara:

  • Halia, bawang putih, serai & bawang merah ditumbuk, diperap dgn daging yg telah dibahagikan kpd 4 bhgn.
  • Panggang daging separuh masak.
  • Cili padi, buah keras, serai,bawang merah & bawang putih ditumbuk.
  • Tumiskan bahan2 tadi hingga terbit baunya.
  • Masukkan perahan air limau serta santan & garam secukup rasa.
  • Daging panggang tadi dihiris & masukkan ke dlm kuah berserta ubi kentang.
  • Masukkan daun kunyit, kacau hingga masak.

Daging Masak Asam Tumis

Bahan-bahan rempah:

  • 15 tangkai cili kering
  • 6cm halia
  • 4cm lengkuas dikisar halus
  • 2cm kunyit hidup
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 4 sudu pati asam jawa
  • Air secukupnya untuk merebus daging dan tulang
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit belacan jika suka
  • 2 helai daun limau purut


Cara-cara

  • Rebus daging dan tulang rawan sampai empuk.
  • Tumis bahan kisar, belacan sampai rempah masak dan masukkan daun limau purut.
  • Kacau dan renehkan seketika.
  • Masukkan rebusan daging dan tulang rawan bersama air rebusan.
  • Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  • Reneh sampai masak air dan hidangkan.

Daging Gulai Nangka

Bahan-Bahan:

  • 800 gm nangka muda (dipotong dadu)
  • 40 gm bawang putih (dimayang)
  • 100 gm bawang merah (dimayang)
  • 1 kg daging lembu
  • 3 batang serai
  • 10 helai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 6 sudu besar rempah kari
  • 3 cm halia
  • 1 liter santan
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam

Cara:

  • Tumiskan semua bahan di atas kecuali santan, daging dan nangka muda.
  • Bila tumisan garing dan naik baunya, masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan daging dan nangka muda dan masak sehingga empuk.
  • Perlahankan api dan biarkan seketika sebelum diangkat.

Daging Masak Rebung Istimewa

Bahan-Bahan:

  • 600 gm daging
  • 300 gm rebung (direbus)
  • 2.5 cm halia
  • 4 labu bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa


Cara:

  • Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm.
  • Gaul dengan gula, tepung jagung dan kicap.
  • Hiris rebung nipis-nipis dan panjang 3 cm.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga hancur.
  • Belah dua cili hidup.
  • Tumis bawang, halia dan lain-lain.
  • Masukkan daging dan balik-balikkan.
  • Masukkan rebung, garam dan cili merah.
  • Sedia dihidangkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...