Sep 13, 2007

Bayi dan Kolik









Ibu tertekan, bayi alami kolik?

  • Masalah biasa dan bukan sejenis penyakit
  • Masih belum diketahui punca sebenar
  • Berkemungkinan berpunca daripada corak penyusuan bayi:
    • Tertelan udara sewaktu menyusu
    • Terlalu lama kelaparan
    • Tidak menghadam susu dengan baik
    • Susu diberikan dalam keadaan sejuk
    • Pengeluaran hormon gastrin lebih daripada biasa
    • Corak pemakanan ibu
Corak pemakanan ibu penyebab kolik?
  • Elakkan makanan seperti:
    • Sayuran sejuk (timun, tauge, labu dll)
    • Buah-buahan sejuk (jambu batu, nangka, cempedak dll)
    • Minuman sejuk dan berais
    • Minuman berkarbonat
    • Minuman berkafein
    • Ubat-ubatan tertentu
    • Buah-buahan sitrus
    • Makanan pedas
    • Produk tenusu
    • Kekacang
Tanda-tanda Kolik
  • Menangis terlalu lama dan berterusan
  • Tangisan pada waktu antara 6 petang hingga tengah malam
  • Mengangkat kaki ke bahagian perut sambil meneran seperti mahu buang angin
  • Menunjukkan tanda lapar tetapi menolak apabila diberikan susu
  • Kerap kentut dan sedu
  • Muka bertukar merah
  • Menangis setiap kali lepas menyusu
  • Sukar tidur
Petua tangani kolik
  • Susukan bayi menerusi payudara sebelah kiri terlebih dahulu. Pastikan bayi berbaring di bahagian kanan. Setelah itu beralih ke payudara kanan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya refluks
  • Pastikan kedudukan botol senget sehingga puting dipenuhi susu jika anda memberikan susu botol kepada bayi anda
  • Letakkan tuala suam pada perut bayi anda
  • Letakkan bayi di atas perut anda sambil mengusap lembut belakang badannya supaya angin (kentut) dapat keluar
  • Dodoikan bayi untuk membantu angin keluar dari dalam badannya
  • Mandikan bayi mengunakan air suam
  • Gunakan minyak angin bagi melegakan perut bayi
  • Atau gunakan gripe water

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...