Oct 2, 2007

Tumpah Darah

Alami Turun Darah?
  • Purata darah nifas keluar adalah selama 2 minggu
  • Jika berpanjangan lebih daripada 2 minggu, mungkinkah ada gangguan atau masalah dengan rahim anda?
Tumpah darah boleh berlaku:
  • Pada ibu yang mengalami kesukaran bersalin
  • Atau mengalami kesakitan bersalin yg panjang (prolonged labour)
  • Atau melahirkan dengan cara forsep
  • Boleh berlaku dalam masa 12 jam - 48 jam selepas bersalin atau dalam tempoh seminggu selepas bersalin
  • Mungkin rahim tidak cukup kuat untuk menguncup
  • Atau sbhgn drpd uri masih tertinggal dalam rahim
  • Atau disebabkan jangkitan kuman dalam rahim
  • Sebelum uri dilahirkan dan terlekat dalam rahim
    • Jika uri tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh satu jam pendarahan yg banyak boleh berlaku dengan tiba-tiba
    • Mungkin boleh meragut nyawa ibu
    • Perlu segera di bawa ke hospital
  • Ketika atau selepas bersalin
    • Kerap dialami oleh ibu yg telah banyak kali melahirkan
    • Rahimnya mungkin lemah dan tidak boleh kuncup
    • Maka kejadian tumpah darah sukar dielakkan
Antara langkah yang diambil apabila berlaku tumpah darah ialah:
  • Ibu perlu diberi transfusi darah atau apa sahaja cecair yng sesuai jika darah tidak boleh didapati
  • Doktor memberikan suntikan orgometrine untuk kuncupkan rahim
  • Pesakit perlu menjalani pembedahan kecil (evacuation of the uterus) di bilik bedah untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim

0 Komen Anda Di Sini:

Post a Comment

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...