Senaman antenatal- membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
- membantu anda mudah bersalin
- mengekalkan kesihatan yang baik
- mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan
Mencegah sakit belakang- letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
- letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
- tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
- pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
- kembali ke kedudukan asal
- tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang
Mengendurkan otot-otot pinggang- duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
- tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
- setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi
Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj- baring menelentang
- kempiskan perut anda ke dalam dan
- tekan bahagian belakang anda dan berehat
- rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
- lakukan senaman ini perlahan-lahan
- boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk
Mencegah kekejangan kaki- baring menelentang
- angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
- kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
- ulang pada kaki sebelah lagi
Menguatkan otot-otot perut- baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
- kemudian berehat
Perubahan yang mungkin akan dilalui- akan bertambah lebih kurang 0.3kg seminggu sehingga minggu ke-36
- pertambahan berat badan sehingga 12kg (26lb) adalah dianggap biasa
- jika berat badan anda kurang di waktu kehamilan, anda perlu cuba menambahkannya
- pertambahan berat badan yang sihat boleh diperolehi melalui:
- pemakanan yang seimbang dan
- jika anda mengalami pertambahan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba, jumpalah doktor segera
- akan kelihatan jelas membesar pada bulan keempat kehamilan
- disebabkan oleh bayi di dalam kandungan mula membesar dan mengembangkan rahim anda
- pada akhir kehamilan , bahagian atas rahim anda akan kelihatan sama dengan bahagian pinggang
- Perubahan pada buah dada:
- suatu keadaan semula jadi untuk menyiapkan diri untuk penyusuan
- disebabkan oleh lemak yang terhimpun di tisu
- kelenjar dan saluran susu membesar
- kadang-kadang ia mengeluarkan cecair putih yang dikenali kolostrum dan ia perkara biasa
- Apa yang perlu anda lakukan ketika mengalami perubahan-perubahan ini:
- selalu berjumpa doktor seperti yang dijadualkan untuk:
- pemeriksaan tekanan darah
- pengukuran pertambahan berat badan
- menentukan kandungan dalam keadaan baik
- makan dengan cukup dan seimbang
- gunakan pakaian yang longgar dan selesa
- Ambil alih sebahagian daripada kerja rumah
- Fahami tanggungjawab anda yang baru
- Jadi pasangan yang saling bantu membantu
- Cuba lebih peka terhadap perubahan emosi isteri sepanjang kehamilan
- Rehat dan tidurlah dengan cukup
- dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
- minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah
- Pakai pakaian yang longgar dan selesa
- pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang semakin membesar
- Pakai kasut yang bertumit rendah untuk:
- mengelakkan sakit belakang
- Elakkan daripada memakai:
- pakaian yang mencerut di pinggang
- Sebaiknya elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini
- Elakkan daripada mengubati diri sendiri
- ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
- hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan
- Makanlah berbagai-bagai jenis makanan
- pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari
- karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin membesar
- protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan anak
- vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk pertumbuhan anak
- pemakanan yang seimbang semasa hamil:
- membantu anda sihat sentiasa
- menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi
- menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
- rancang setiap hidangan dengan teliti
- Selalulah melawat doktor gigi
- beritahu doktor gigi anda sedang hamil
- sewaktu hamil, gigi cepat rosak
- Ini untuk menjangka tarikh anak anda lahir
- Ini hanyalah jangkaan sahaja
- Penting untuk anda mengingati hari pertama haid anda yang terakhir
- Campurkan 7 hari
- Kemudian campurkan 9 bulan
- Kelahiran anak mungkin berlaku 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas tarikh jangkaan
- Contoh pengiraan:
Hari pertama haid terakhir : Campurkan 7 hari : Campurkan 9 bulan : Tarikh dijangka anak lahir :