Showing posts with label Info Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Info Kelahiran. Show all posts

Apr 18, 2012

Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam




Petua Cik Salwa: setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& makesure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main

latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam



Petua Cik Salwa:

Setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& make sure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...
siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main


latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Apr 17, 2012

Breastfeeding Tips

  • Menguruskan anak kecil memang mencabar..
  • Salah satunya..pasal nak bagi susu..
  • Ibu bolehla pilih nak bagi susu badan ke atau susu formula..
  • Semua orang tau yang breasfeeding tu bagus..
  • Kalau bagi susu badan, nanti ketahanan tubuh baby akan meningkat..dan risiko dapat penyakit tu kurang la..
  • Tapi kalau ada sebab tertentu, seperti doktor tak bagi atas sebab kesihatan..tak payahlah bagi breastfeeding..
  • Haa..perlu diingat,bagi susu kat baby tu mesti ikut keperluan..
  • Biasanya baby yang baru lahir nak menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali pada bulan yang pertama..
  • Setiap kali menyusu, baby selalunya ambil masa 10-20 minit..
  • Bila baby makin besar, makin kurangla kekerapan dia nak menyusu..
Untuk itu.. saya ingin berkongsi maklumat dari seorang pegawai perubatan bertauliah melalui blognya ..

Apr 15, 2012

Tanda-tanda Hampir Melahirkan..

Haaaa... saya baru dapat 1 komen dan soalan dari seorang pembaca yang sudi menghargai blog saya ..terimakasih banyak..
Mungkin ramai ibu-ibu kat luar sana juga mempunyai soalan yang sama..

Soalan pembaca blog saya:

"i am pregnant about 8 and 1/2 months. the thing is lately i perasan the keputihan dah tukar into stain yang kaler cokelat and it does smells like blood. itu pun tanda tanda nak bersalin ke? baby pon dah pusing half i guess dia dah melintang sekarang. kaki pun da agak slalu kebas kebas. hampir dah ke masanya. ee cuak tol"

Ok..kat sini saya sediakan sedikit info mengenainya..
Apa pun kita semua perlu faham yang Lain Orang Lain Gayanya ..
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)

Apr 14, 2012

Nasihat Penting Untuk Ibu-ibu

Susu ibu
  • khasiat penting kepada bayi
  • melindungi bayi daripada penyakit
  • memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
  • ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain
  • cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
  • menyusukan bayi dengan kerap
  • mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan
Nasihat khusus untuk ibu bekerja
  • bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
  • memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
  • jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
  • sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
  • susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
  • jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu
Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
  • memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
  • memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
  • selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu
Pemberian susu tambahan
  • jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
  • jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
  • anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
  • sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

Apr 13, 2012

Senaman Selepas Bersalin

anda boleh melakukan senaman seminggu selepas melahirkan bergantung kepada:
  • keadaan anda dan
  • nasihat doktor
Kebaikan:
  • menggiatkan kembali otot-otot anda
  • memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan anda
  • mengurangkan berat badan anda yang naik ketika hamil
  • menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
  • membina teknik-teknik yang sesuai supaya anda dapat berehat dan tidur dalam waktu-waktu awal selepas melahirkan
  • ini penting kerana waktu tidur anda sering terganggu disebabkan penyusuan yang terpaksa diberikan di tengah malam
Senaman pernafasan
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • sebelah tangan anda diletakkan pada perut
  • tarik nafas anda melalui hidung
  • tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  • hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  • leher dan bahu jangan bergerak
Senaman perut
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • rapatkan tangan di sisi badan
  • angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  • lakukan semula pada kaki yang sebelah lagi
Senaman dada
  • baring menelentang
  • rapatkan tangan anda ke sisi badan
  • angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-duanya bersentuhan
  • kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan anda
  • lakukan sebanyak 20 kali
Senaman mengangkat punggung
  • baring, rapatkan lutut dan tegakkannya sementara kaki dibuka
  • angkat bahagian punggung anda dengan tapak kaki menekan lantai
  • jangan angkat bahu anda
  • biarkan sedemikian dengan kiraan 5
  • kembalikan punggung ke keadaan asal
  • lakukan sebanyak 10 kali
Senaman kaki
  • baring dengan melunjurkan kaki
  • gerakkan kedua-dua kaki anda
  • putarkan kedua-dua kaki anda dengan tumit dibuka

Apr 12, 2012

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital
  • 2 helai tuala mandi
  • 2 helai selimut
  • 20 helai kain lampin / pampers
  • 2 pin besar
  • 4 helai seluar kalis air
  • 4 helai baju / baju sejuk
  • 4 pasang seluar panjang
  • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 helai tuala muka
  • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  • 1 helai pakaian biasa
  • 2 pasang stokin
  • 1 pasang selipar
  • 3 helai coli khas untuk menyusu
  • 2 pasang pelapik coli
  • 5 helai seluar dalam pakai buang
  • sikat
  • berus gigi dan ubat gigi
  • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  • pakaian untuk pulang ke rumah
  • bahan bacaan
  • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
  • surat rujukan doktor
  • kad pengenalan anda
  • kad pengenalan suami anda
  • surat nikah
  • wang

Feb 5, 2008

Pemakanan Selepas Bersalin

Makan Makanan Berkhasiat
  • akan menyihatkan anda selepas bersalin
  • dapat membantu mengeluarkan susu badan
  • banyakkan minum air terutamanya air masak
  • jika perlu doktor anda akan mencadangkan anda vitamin/zat galian tambahan

Pemeriksaan Selepas Bersalin

  • selepas 5 minggu melahirkan anak, anda perlu berjumpa dengan doktor
  • untuk menentukan kesihatan anda
  • ini waktu yang sesuai berbincang dengan doktor tentang perancangan keluarga

Puerperium (Sewaktu Pantang)

Puerperium (Tempoh Pantang)
  • peringkat di antara kelahiran anak sehingga 6 minggu selepas kelahiran
  • badan ibu akan kembali kepada keadaan biasa (peringkat sebelum hamil)
  • pengeluaran susu badan bermula
  • ibu sepatutnya memberi susu badan sepenuhnya pada bayi
Masalah yang mungkin dialami:

Jangkitan episiotomi
  • sewaktu bersalin, doktor anda mungkin terpaksa melakukan pemotongan kecil pada perineum yang dikenali sebagai episiotomi untuk
  • meluaskan saluran peranakan
  • memudahkan anda bersalin
  • mengelakkan perineum daripada terkoyak
  • luka ini akan dijahit semula selepas bersalin
  • biasanya ia akan cepat sembuh
  • anda mestilah membasuhnya selalu supaya sentiasa bersih
  • jika anda berasa sakit atau bengkak semasa penyembuhannya, jumpalah doktor anda
Kesakitan selepas bersalin
  • berlaku pada hari pertama dan kedua selepas bersalin
  • berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yang mula kembali ke saiz asal
  • proses pengecutan rahim akan menjadi lebih cepat sekiranya anda menyusukan bayi
Buah dada terasa padat
  • berlaku pada awal kelahiran
  • ia perkara biasa
  • akan hilang setelah anda mulakan penyusuan
  • gunakan coli yang dapat mengampu buah dada dengan baik
Keletihan
  • anda perlu banyak berehat
  • minta bantuan suami atau keluarga untuk menguruskan rumah dan anak-anak yang lain

Lain-lain Kelahiran

  • lebih 90% ibu melahirkan secara biasa
  • 10% ibu melahirkan secara:
  • "Caesarean" iaitu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan bayi atau
  • "forceps"

Tanda-tanda Hampir Bersalin

  • ibu akan berasa 'pengecutan otot' dan sakit berperingkat-peringkat serta semakin kerap
  • apabila si ibu mendapati terdapat lendir berdarah keluar
  • apabila karung ketuban pecah
  • segeralah ke hospital sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas

Bagaimana Bayi Dilahirkan

Kelahiran biasa melalui 3 peringkat:

Peringkat pertama

  • ibu mengalami kontraksi atau "pengecutan" selama 12 jam (bagi ibu yang pertama kali bersalin)
  • ibu mengalami kontraksi atau "pengecutan" selama 8 jam (bagi ibu yang pernah bersalin sebelumnya)
  • ada juga sesetengah ibu mengalami kontraksi dalam tempoh masa yang lebih pendek
Peringkat kedua
  • bayi dilahirkan melalui saluran peranakan
  • apabila otot-otot rahim mengecut rahim akan terbuka sepenuhnya
  • apabila rahim terbuka sepenuhnya kepala bayi akan kelihatan
  • ibu akan meneran dibantu oleh doktor atau bidan
  • kepala bayi akan muncul disambut oleh doktor atau bidan
  • ibu akan dibantu untuk meneran sehingga bayi selamat dilahirkan
  • tali pusat bayi dipotong kerana pernafasan dan pengaliran darah bayi tidak lagi bergantung kepada ibu
Peringkat ketiga
  • rahim mengecut sekali lagi
  • uri dikeluarkan dengan bantuan doktor atau bidan

Persediaan Untuk Kelahiran Anak

Sediakanlah barang-barang keperluan untuk anda dan anak pada penghujung bulan ketujuh kehamilan

Senarai barang keperluan bayi di rumah

Pakaian bayi:
  • 3 helai tuala mandi
  • 4 helai tuala muka
  • 20-30 keping pampers atau lampin
  • 3 pin besar (safety pin)
  • 6 pasang seluar kalis air
  • 6 pasang baju kain kapas (lengan pendek dan panjang)
  • 6 pasang seluar panjang
  • 2 helai baju sejuk
  • 6 pasang sarung kaki
  • 6 pasang sarung tangan
Barang-barang penjagaan bayi:
  • sebaiknya pilih barangan hipoalergenik (mengurangkan risiko alahan)
  • syampu bayi
  • mandian bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • tisu basah bayi (wet tissue)
Peralatan sampingan:
  • katil
  • tilam
  • 3 helai sarung tilam
  • 2 helai selimut
  • 2 helai pelapik plastik/getah
  • 2 buah baldi berpenutup untuk lampin basah/kotor
  • kapas
  • putik kapas
  • gunting kecil
  • pemotong kuku
  • tab mandi
  • barang permainan
Makanan bayi:
  • dapatkan nasihat doktor anda berhubung dengan perkara ini
Lain-lain keperluan:
  • kereta sorong
  • kerusi beroda (walker)
  • kerusi makan bayi
  • kerusi keselamatan kereta

Jan 21, 2008

Kaedah Expressed Breast Milk (EBM)


  • Menyediakan susu dengan memerah susu sendiri untuk diberikan pada bayi anda
  • Teknik Penyediaan EBM:
    • Mulakan berlatih memerah susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja
    • Perahan boleh dibuat menggunakan pam atau tangan
    • Pilih bekas menyimpan yang tertutup
    • Cuci bekas dan steril/rebus
    • Masukkan susu perahan ke dalam bekas
    • Tutup bekas dan labelkan (nama anak, tarikh dan masa)
    • Simpan dalam peti sejuk (fridge atau freezer) mengikut suhu di bawah:
      • suhu bilik (susu anda kekal elok selama 4-8jam)
      • peti sejuk bahagian bawah (kekal elok selama 24-48 jam)
      • peti sejuk ruang beku (kekal elok selama 3 bulan)
      • tempat pembeku (-2 darjah celcius) - kekal elok selama 1 tahun
  • Teknik Penyusuan EBM:
    • Susui bayi anda sebelum anda pergi bekerja dan setelah balik bekerja
    • Jadualkan pemberian EBM (beritahu pengasuh bayi anda)
    • Jika susu disimpan di ruangan pembeku, keluarkan dan letakkan dibahagian bawah sebelum digunakan
    • Panaskan dengan merendam di dalam bekas yang berisi air panas
    • Goncang bekas susu bagi menyatukan cecair dengan lemak susu
    • Beri EBM kepada bayi anda
    • Beri peluang kepada pengasuh/penjaga bayi anda berlatih menyusukan bayi anda dengan susu perahan (juga boleh minta suami membantu)

Penyusuan Bayi Oleh Ibu Bekerja


  • Gunakan peluang untuk menyusukan bayi sepenuhnya semasa dalam cuti bersalin
  • Gunakan kaedah Expressed Breast Milk (EBM) iaitu:
  • Mengeluarkan atau mengepam susu badan sendiri dan disimpan di dalam peti ais
  • Program ini mengambil masa 14 hingga 15 hari
  • Program ini dapat juga membantu ibu-ibu terus menyusui bayi-bayi mereka seberapa lama yang mereka kehendaki
  • Dipercayai cara ini lebih baik daripada memberikan susu formula dan susu badan

Bantuan Dari Suami Selepas Melahirkan


  • Menolong membuat kerja-kerja rumah sementara
  • Membaca atau bermain dengan anak-anak yang lain
  • Memahami perubahan emosi isteri selepas melahirkan
  • Menolong menyediakan makanan yang seimbang untuk isteri yang baru melahirkan
  • Membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang teknik dan faedah memberi susu badan
  • Menjauhkan diri daripada orang-orang yang tidak menyokong ibu-ibu yang mahu menyusui anak-anak mereka sendiri
  • Memberi sokongan jika anda menghadapi masalah dalam menyusukan bayi anda

Penyusuan Adalah Mencukupi Jika:


  • Anda menyusui bayi anda 8 hingga 12 kali setiap 24 jam
  • Dalam tempoh 24 jam bayi anda:
    • membuang air kecil sebanyak 6 kali
    • air besar sebanyak 3 kali
  • Najis bayi yang menyusu badan berwarna kekuningan dan cair
  • Berat badan bayi meningkat 120-200gm setiap minggu
  • Bayi anda merasa selesa satu hingga dua jam selepas menyusu

Jadual Penyusuan


  • Pada minggu pertama bayi perlu dikejutkan dari tidurnya untuk disusukan setiap dua atau tiga jam
  • Susukan bayi pada waktu malam juga
  • Bayi akan mempunyai waktu tertentu untuk menyusu
  • Bayi akan menyusu sekerap yang mungkin
  • Sebaiknya ibu tidak memberi susu formula dalam tempoh memberi susu badan kerana ini akan:
    • mengurangkan susu badan anda
    • mengelirukan bayi anda

Penyusuan Berkesan

  • Mulakan penyusuan dengan mengendung bayi tanpa membebankan:
    • bahu
    • tangan dan pergelangan tangan
  • Gunakan bantal untuk meletakkan bayi dekat dengan payu dara anda supaya tangan anda tidak sakit
  • Berikan susu badan pada setengah jam pertama selepas kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu yang seterusnya
  • Pastikan anda selesa dan betul-betul tenang
  • Letakkan puting susu ke arah bibir bayi sehingga mulutnya terbuka luas
  • Masukkan puting dan kesemua bahagian areola ke dalam mulut bayi
  • Pastikan mulut bayi anda menutupi bahagian aerola
  • Anda akan rasa bayi menghisap bahagian puting dan aerola
  • Berikan kedua-dua belah payu dara
  • Bayi yang baru lahir selalunya mahu menyusu dua atau tiga jam pagi dan malam
  • Berikan susu jika bayi anda lapar
  • Bertenang semasa menyusui bayi
  • Cuba selimuti bayi dan kendungnya untuk menyusuinya kerana bayi perlukan pelukan ibu supaya rasa selesa dan selamat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...