Showing posts with label Masalah Ketika Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Masalah Ketika Kehamilan. Show all posts

Apr 16, 2012

Pendarahan Semasa Mengandung

Pengenalan
  • berpunca drpd pelbagai sebab
  • boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan
  • samada dari hanya setompok darah hinggalah pendarahan yg berlebih-lebihan
  • boleh jadi ringan atau kadang-kadang boleh mengancam nyawa
  • perlu diberitahu kepada doktor atau bidan segera
Penyebab pada peringkat awal kehamilan
  • keguguran
  • kehamilan ektopik atau di luar rahim
  • kehamilan molar
Penyebab pada akhir kehamilan
  • abrupsi plasenta
  • plasenta previa
  • kelahiran berdarah
Punca lain
  • ektropion-perubahan di pangkal rahim, tidak merbahaya, berlaku di pertengahan kedua kehamilan
  • jangkitan pada faraj atau kecederaan
  • sebab yg berkaitan dgn pangkal rahim spt polips, neoplasia atau servisitis
  • pendarahan selepas persetubuhan
  • atau tidak diketahui puncanya-50% berlaku di trimester pertama

Feb 5, 2008

Masalah Sering Berlaku Ketika Hamil

Sakit belakang
  • disebabkan rahim yang semakin membesar yang menegangkan otot-otot bahagian belakang
  • untuk melegakan sakit belakang:
    • kekalkan kedudukan tubuh yang baik
    • tidur di atas tilam yang sempurna
    • mintalah bantuan suami mengurut belakang anda
Kaki membengkak
  • perkara biasa
  • hasil daripada penyimpanan air yang disebabkan oleh pertukaran hormon
  • jangan berdiri terlalu lama pada suatu masa
  • jika kaki, muka dan tangan membengkak, segeralah berjumpa doktor
Kekejangan kaki
  • biasa berlaku
  • untuk melegakannya:
    • urut kaki anda dan bengkokkan kaki anda ke atas untuk menegangkan otot-otot betis
  • mintalah nasihat doktor
  • akan hilang setelah anda bersalin
Tangan kebas
  • disebabkan oleh penyimpanan air
  • akan hilang selepas bersalin
Gatal-gatal pada badan
  • perkara biasa
  • jika ia semakin teruk seperti mata dan kulit anda menjadi kuning segeralah berjumpa doktor
  • untuk melegakannya, sapukan losyen 'calamine'
Sembelit
  • biasa berlaku ketika hamil
  • banyakkan minum air
  • ambil makanan kaya serat atau gentian seperti buah-buahan dan bijirin
  • minum atau makan julap hanya sekiranya dibenarkan oleh doktor
Faraj berdarah
  • Berjumpalah doktor secepat mungkin

Feb 2, 2008

Menghadapi Kehamilan: Masalah Mungkin Dialami

  • Pendarahan
    • mungkin satu tanda ancaman keguguran
  • Jangkitan sistem pembuangan air kecil
    • merasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
    • jika air kencing keruh atau ada tanda-tanda darah
    • sila rujuk doktor anda
  • Jangkitan kemaluan
    • lelehan putih yang menyebabkan kemaluan rasa gatal
    • disebabkan oleh kulat
    • dapat dirawat dengan mudah
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Muntah dan loya berterusan
    • makan sedikit-sedikit tetapi kerap
    • makan makanan yang kering seperti biskut boleh membantu
    • elakkan makanan yang berlemak dan berminyak

Menghadapi Kehamilan: Masa Paling Sesuai

  • Sebaik sahaja anda berhenti daripada segala penggunaan "kontraseptif"
  • Ibu berusia 20-35 tahun
  • Bayi dilahirkan sekurang-kurangnya 2-3 tahun selepas kelahiran anak yang lalu

Jan 11, 2008

Masalah Ketika Hamil: Perlu Rawatan Segera

Pendarahan
  • Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil
  • Satu keadaan yang berbahaya
  • Boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandung
  • Jika berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan:
    • keguguran akan atau sedang berlaku
    • kehamilan luar biasa seperti
      • kehamilan di luar rahim atau
      • kehamilan anggur
  • Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan (selepas tujuh bulan) mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapan bayi
  • Setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit perlulah bertemu doktor untuk diperiksa
  • Jika perlu wanita tersebut mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya
Masalah Air Kencing
  • Kerapkali membuang air kencing
  • Bangun tiga atau empat kali semalaman
  • Rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing
  • Selepas lapan bulan usia kandungan, kepala bayi pula menekan pundi air kencing
  • Mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing
  • Ia boleh merebak ke buah pinggang
  • Boleh menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu
  • Boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan
  • Penting bagi ibu datang ke klinik ibu mengandung untuk memeriksa air kencing
  • Untuk menentukan sama ada telah dijangkiti kuman atau tidak
  • Rawatan sewajarnya perlu diberi
  • Rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah ubat antibiotik
Keputihan
  • Mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa
  • Disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan
  • Mungkin berpunca daripada tindakan hormon kehamilan atau
  • Juga disebabkan jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil
  • Menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau
  • Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah:
    • sejenis kulat yang digelar Monilia atau
    • kulat Candidiasis
  • Mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir
  • Antara rawatan yang diberikan doktor:
    • ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari
    • kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan
  • Kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi

Masalah Ketika Hamil: Sakit Pinggang Dan Belakang

  • Lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan
  • Disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi
  • Juga disebabkan oleh postur yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar
  • Cara meredakannya:
    • biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan
    • rehat sahaja
    • kurangkan berdiri dan berjalan-jalan
    • biasanya akan pulih seperti sediakala selepas bersalin

Masalah Ketika Hamil: Bengkak Kaki

  • Dikenali sebagai edema
  • Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan
  • Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari berdiri / berjalan
  • Ada pakar yang mengatakan ia adalah tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa
  • Namun, wanita itu dikatakan menghidapi penyakit toxemia jika bengkak kaki disertai dengan:
    • tekanan darah yang tinggi dan
    • kencing yang kotor iaitu mengandungi protein
  • Toxemia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami bengkak pada keseluruhan badan (muka, tangan dsb)
  • Jangan ambil sebarang ubat sebelum mendapat nasihat daripada doktor
  • Cara mengatasinya:
    • berbaring dan angkat kaki ke atas (melebihi paras jantung)
    • mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan ke atas saluran vena utama)
    • penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung
    • berehat secukupnya
    • berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari
    • tidur awal pada waktu malam

Masalah Ketika Hamil: Urat Kaki Timbul

  • Lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil
  • Disebabkan oleh dua faktor iaitu:
    • Kandungan hormon kehamilan yang meningkat
      • menyebabkan saluran darah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat
    • Rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung
      • menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.
  • Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata
  • Pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins
  • Ini akan membahayakan kesihatan
  • Cara mengatasinya
    • Memakai elastic stocking
    • Jika ia terlalu teruk, dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya
    • Dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil
    • Dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar

Masalah Ketika Hamil: Kulit Perut Pecah

  • Disebabkan perut yang semakin membesar
  • Kulit perutnya tegang dan pecah-pecah berjalur
  • Dikenali sebagai stretch marks
  • Sesetengah wanita mengalaminya dengan teruk
  • Kadang-kadang bekas stretch marks menjadi sangat nyata
  • Biasanya lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya
  • Ianya sukar dielakkan
  • Disebabkan oleh dua faktor:
    • kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah
    • pertumbuhan dan pembesaran rahim:
      • merenggangkan tisu di bawah kulit
      • menyebabkan keadaan kulit perut pecah
      • menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan
  • Cara mengatasinya:
    • dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan
    • Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar
  • Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit
  • Parutnya tetap kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak

Masalah Ketika Hamil: Loya dan Muntah

  • Berlaku di peringkat awal kehamilan
  • Biasanya berlangsung selama tiga ke empat bulan
  • Disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah (hormon estrogen dan progesterone, yang dikeluarkan oleh janin yang dikandung)
  • Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah
  • Lazimnya dialami di waktu pagi
  • Mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala
  • Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini
  • Merupakan tanda awal bagi kehamilan
  • Boleh menjadi sangat teruk
  • Keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan
  • Lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam (mengidam)
  • Menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh
  • Mungkin membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah
  • Namun ia adalah satu gejala yang sementara sahaja
  • Biasanya akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan
  • Namun, ada juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak
  • Boleh menimbulkan:
    • rasa serba tak kena
    • tidak selesa dan
    • tidak bermaya untuk menjalankan tugas
  • Peringatan:
    • jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
  • Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah ini ialah:
    • stemetil
    • avomine
    • pyridoxine
  • Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

Masalah Ketika Hamil: Kekejangan Kaki

  • Kebiasaannya berlaku pada trimester kedua dan ketiga
  • Boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku
  • Mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil
  • Mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah.
  • Cara mengatasinya:
    • Mengambil makanan yang tinggi kandungan kalsium seperti:
      • bahan tenusu
      • sardin
      • ikan bilis
      • taufu
      • tiram
      • sayuran mentah/ulaman
      • udang
      • kekacang
      • atau pil tambahan kalsium yang dibenarkan oleh doktor
    • Mengambil makanan bersumber potassium seperti
      • pisang
      • buah oren dsb

Masalah Ketika Hamil: Pedih Ulu Hati

  • Puncanya:
    • Hormon kehamilan menyebabkan:
      • lebih banyak asid gaster (asid di dalam perut) terhasil
      • perut lambat mengosong
    • Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil
    • Rahim yang kian membear menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung
    • Asid gaster naik dan memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih pada bahagian ulu hati
  • Cara mengatasinya:
    • Meminum lebih susu
    • Makan dalam kuantiti kecil pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3 kali kepada 5-6 kali sehari)
    • Kurangkan minum sewaktu makan
    • Seeloknya minuman diambil di antara waktu makan dan dikurangkan semasa makan
    • Duduk tegak selama sejam selepas makan
    • Mungkin anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid seperti:
      • gelusil actal atau
      • magnesium trisillicate
    • Dapatkan nasihat doktor sekiranya berterusan

Masalah Ketika Hamil: Buasir

  • Berpunca dari:
    • meneran semasa sembelit
    • batuk berpanjangan
    • hamil (saiz rahim yang membesar) memberi tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya
  • Pengembangan vena tersebut disebut buasir
  • Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih atau pun berdarah
  • Kebiasaannya berdarah selepas membuang najis, berwarna merah cerah dan tidak sakit
  • Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah
  • Cara mengatasinya:
    • mengambil makanan atau minuman yang bersesuaian
    • elakkan mengenakan tekanan kepada abdomen
    • jangan ambil ubat sembarangan
    • dapatkan nasihat sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan
    • buasir dijangka hilang selepas kelahiran

Masalah Ketika Hamil: Sembelit

  • Sehingga 50% wanita hamil menghadapinya
  • Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak
  • Kesan daripada sembelit:
    • urat timbul di bahagian dubur
    • buasir mungkin berlaku
    • kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit teruk
  • Berpunca daripada beberapa faktor:
    • disebabkan peningkatan hormon kehamilan (hormon progesterone) yang melambatkan perjalanan usus
    • kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi
    • pengambilan pil zat besi
    • tekanan rahim ke atas usus besar
  • Cara mengatasinya:
    • harus meminum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
    • mengambil makanan berserat tinggi seperti:
      • bijirin
      • sayur-sayuran / ulaman
      • buah-buahan seperti betik dan pisang
    • menggunakan ubat untuk dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir, tetapi setelah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu

Sep 13, 2007

Kesakitan Pubik









Mungkinkah ia SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)?

  • Dianggarkan seorang daripada 300 kehamilan hingga seorang daripada 30 000 kehamilan mengalaminya
  • Biasanya terjadi di akhir trimester yang pertama
  • Masih belum diketahui puncanya yang sebenar
Simptom SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)
  • Kesakitan di bahagian pelvik dan pangkal paha yang teruk walaupun tidak melakukan pergerakan yang banyak
  • Lebih teruk kesakitannya apabila membuang air kecil, mengangkang, berjalan, naik turun tangga dan sebagainya
  • Mungkin menderita sakit belakang dan pinggul
  • Merasai bunyi berdetik di bahagian pubik dan sakit menular ke paha dan di antara 2 kaki
  • Lebih kerap mengalami kesakitan pada waktu malam dan ia hanya boleh hilang setelah anda tidur
Petua hadapi SPD (Symphysis Pubis Dysfunction)
  • Jangan terlalu mengendahkan kesakitan yang dialami
  • Lakukan pergerakan secara perlahan-lahan
  • Elakkan mengangkat atau menolak barang yang berat
  • Duduk dulu sebelum anda menyarung seluar
  • Langkah satu demi satu anak tangga ketika menaiki tangga
  • Elakkan duduk dengan kaki terkangkang
  • Rajinlah lakukan senaman lantai pelvik dan abdominal bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...