Showing posts with label Resipi Seafood Special. Show all posts
Showing posts with label Resipi Seafood Special. Show all posts

Jan 15, 2008

Udang Galah Petai Bercili

Bahan A:
  • 250g udang galah dibersihkan
  • 100g petai
Bahan B:
  • 8 tangkai cili merah dikisar
  • 10 biji cili padi dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • 1 batang serai dikisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara:
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing
  • Tuang air asam jawa dan perasa
  • Apabila kuah agak pekat, masukkan udang dan petai
  • Setelah udang masak, angkat dan hiaskan

Jan 12, 2008

Makanan Laut dan Kolesterol

Udang
  • Penyumbang kolesterol yang paling tinggi
  • Khususnya pada bahagian kepalanya
  • Sebaiknya elakkan daripada memakan kepalanya
  • Sebaiknya kulitnya dibuang terlebih dahulu sebelum dimakan
Ikan bilis
  • Kepala dan perut ikan bilis harus dibuang kerana mengandungi kolesterol yang tinggi
Kerang
  • Membekalkan kolesterol yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang banyak

Baik Buruknya Makanan Laut (Seafood)

Antara makanan laut yang menjadi pilihan untuk santapan ialah:
  • Ikan tuna
  • Ikan bawal
  • Ikan senangin
  • Kerang
  • Tiram
  • Kupang
  • Sotong
  • Ketam
  • Udang
Kebaikan makanan laut
  • Rasanya yang sedap
  • Merupakan sumber protein yang bagus terutamanya ikan
  • Viamin A dan D boleh diperolehi dengan mudah di dalam minyak ikan
  • Merupakan sumber vitamin B kompleks dan vitamin C yang penting untuk metabolisme badan
  • Merupakan sumber iodin yang penting untuk:
    • membolehkan kelenjar tiroid berfungsi dengan baik
    • untuk penyembuhan luka
  • Merupakan sumber zat besi dan zink:
    • membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh
    • berupaya meningkatkan darah dalam tubuh pesakit anemia
    • boleh diperolehi daripada tiram, kepah dan kapis
  • Merupakan sumber potassium, fosforus dan selenium
  • Memiliki kandungan sodium yang rendah
Kekurangan makanan laut
  • Tidak semua berpeluang merasai kelazatannya kerana ada segelintir yang diserang gatal atau bengkak selepas memakannya
  • Udang dan ketam acapkali dikaitkan dengan alahan
  • Kaya dengan kolesterol

Honey Squid

Bahan A:
  • 600g janggut sotong
  • 1 biji telur
  • 4 sudu teh serbuk stok ayam
  • 2 sudu teh garam
  • 2g serbuk lada putih
  • 250g tepung ubi
Bahan B (Sos):
  • 400g madu cair
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 300g madu
Cara:
  • Campur dan panaskan semua bahan B
  • Kemudian ketepikan
  • Campurkan semua bahan A
  • Goreng sehingga garing dan asingkan
  • Masukkan semula bahan B tadi
  • Kacau dan masukkan sotong
  • Kacau hingga masak
  • Siap untuk dihidangkan

Crispy Squid

Bahan-bahan:
  • 600g sotomg
  • 1 biji telur
  • 200g tepung goreng serbaguna
  • 150g tepung jagung
  • 200g tepung beras
  • 150g tepung ubi
  • 2 sudu teh serbuk kari
  • 2g serbuk lada putih
  • 4 sudu teh serbuk stok ayam
  • 2 sudu teh garam
Cara:
  • Gaulkan semua bahan
  • Goreng garing menggunakan minyak yang banyak

Fresh Oyster Baked With Cheese

Bahan A:
  • 6 ekor tiram dibersihkan
  • 3 keping keju
Bahan B (Sos):
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 50g marjerin
Cara:
  • Letakkan serbuk stok ayam atas tiram
  • Sapukan marjerin pada tiram
  • Bakar selama 3 minit pada suhu 180 darjah celcius
  • Keluarkan tiram dan letakkan keju padanya
  • Bakar sekali lagi selama 5 minit pada suhu 100 darjah celcius sehingga keju kelihatan cair
  • Siap untuk dihidang

Sweet & Sour Crab

Bahan A:
  • 2 ekor ketam
  • 100g minyak masak
  • 1 biji telur
Bahan B (dicampurkan):
  • 100g halia dikisar
  • 30g cili padi dikisar
  • 20g bawang putih dikisar
  • 50g cuka
Bahan C:
  • 50g air
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 5 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 300g sos tomato
  • 200g sos cili
Cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga wangi
  • Kemudian masukkan ketam
  • Masukkan semua bahan C dan perlahankan api
  • Kacau dan tutup periuk
  • Biarkan selama 10 minit
  • Masukkan telur
  • Siap untuk dihidang

Marmite Crab

Bahan A:
  • 2 ekor ketam
  • 5g cili padi dihiris
  • 5g bawang putih dimayang
Bahan B (Sos):
  • 500g air
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu teh sos marmite
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 3 sudu teh gula
  • 300g madu cair
Cara:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan B, panaskan dan ketepikan
  • Panaskan minyak dan masukkan cili padi serta bawang putih
  • Setelah naik bau, masukkan ketam
  • Ambil dua senduk sos dan tuangkan ke atas ketam
  • Tutup periuk dan perlahankan api
  • Biarkan sehingga kering
  • Siap untuk dihidang

Fried Prawn With Tom Yam Sauce

Bahan A:
  • 2 ekor udang galah (digoreng)
  • 1 batang serai dihiris
  • 5g cili padi dihiris
  • 10g cili merah dihiris
  • 50g bawang besar dihiris
  • 1 helai daun limau purut
Bahan B (Sos)
  • 150g pes tom yam
  • 100g air
  • 50g jus limau nipis
  • 2 sudu teh gula
  • 1 keping asam keping
  • 30g kicap ikan
Cara:
  • Campurkan semua bahan B dan ketepikan
  • Panaskan minyak dan masukkan semua bahan A kecuali udang galah
  • Tumis sehingga naik bau
  • Masukkan udang galah
  • Kemudian masukkan bahan B tadi
  • Kacau sehingga kering
  • Siap untuk dihidang

Fresh Water Prawn With Butter

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur (diambil kuning telur)
  • 2 ekor udang galah (digoreng)
  • 1 tangkai daun kari
  • 5g cili padi (dihiris)
  • 300g mentega
  • 300g minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 200g susu cair
Cara:
  • Panaskan mentega bersama minyak
  • Setelah sedikit panas masukkan kuning telur dan kacau sehingga hancur
  • Masukkan daun kari, gula, serbuk stok ayam dan susu cair
  • Setelah telur kering, masukkan udang galah
  • Sedia untuk dihidang

Oyster Steam With Garlic

Bahan A:
  • 6 ekor tiram
  • 2g cili padi
  • 300g bawang putih
Bahan B (s0s):
  • 3 sudu teh serbuk stok ayam
  • 1 sudu teh gula
  • 1g serbuk lada putih
  • 70g stok ikan
Cara:
  • Campur dan kisar semua bahan kecuali tiram
  • Sapukan pada tiram dan kukus selama 5 minit pada suhu 180 darjah celcius
  • Sedia untuk dihias dan dihidangkan

Jan 10, 2008

Udang Panjat Seribu Bintang

Bahan-bahan:
  • 1kg udang galah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • 2 keping asam keping
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 1 sudu serbuk kunyit
Bahan-bahan dikisar:
  • 10 biji cili merah
  • 1 cawan tomato
  • 4 biji buah keras
  • 3 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
Cara:
  • Udang dicuci dan digaulkan dengan kunyit dan garam
  • Goreng udang hingga garing
  • Toskan minyak
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar di dalam kuali
  • Masukkan santan pekat, garam, gula, serbuk perasa, serbuk kunyit dan asam keping
  • Gunakan api sederhana besar
  • Kuah sentiasa dikacau sehingga santan mendidih
  • Susunkan udang secara memanjat atau menegak pada buah nanas yang telah dikupas kulitnya. Lekatkannya dengan menggunakan lidi
  • Tuangkan sos yang dimasak tadi di sekeliling pinggan yang berisi udang
  • Hidangkan dan hiaskan mengikut citarasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...