Jan 1, 2008

Diet Selepas Bersalin

  • Ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin
  • Ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badan asal
  • Cuba makan secara berkala dan sihat
  • Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman bergas.
  • Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda

Petua Melegakan Kesakitan Luka Bersalin

  • Kesakitan timbul bila perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut
  • Boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencucinya dengan air suam.
  • Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk
  • Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapnya
  • Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit
  • Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan

Lelehan Dari Faraj

  • Dialami oleh ibu selepas melahirkan bayi
  • Dikenali sebagai lokia atau darah nifas
  • Seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak
  • Keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang
  • Biasanya ia berhenti pada akhir minggu kedua
  • Gunakan maternity pad atau tuala wanita yang lebih besar untuk menyerap lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan
  • Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin
  • Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya
  • Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, biasanya ibu akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

Senaman Selepas Bersalin

  • Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen
  • Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin sangat digalakkan
  • Membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj
  • Mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas
  • Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum
  • Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah untuk memulihkan kedudukan organ-organ ini setelah mengalami kelasakan bersalin

Sejurus Selepas Bersalin

  • Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil terutamanya jika wujudnya masalah seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak
  • Luka akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital jika ibu melalui pembedahan Episiotomi atau kelahiran yang telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj
  • Nasihat mengenai cara mengempiskan perut, senaman dasar pelvis dan nasihat mengenai perancang keluarga juga mungkin akan diberi
  • Pemeriksaan ke atas ibu akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi
  • Ibu akan ditanya mengenai darah nifas / lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih
  • Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir
  • Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian
  • Bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat
  • Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing
  • Payudara, abdomen dan jahitan jika ada juga akan diperiksa
  • Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim ibu
  • PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya
  • Ibu boleh berbincang terus dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...