Oct 9, 2021

Syukur Alhamdulillah

Akhirnya kembali mencoret setelah sekian lama

Mar 25, 2016

Life in Johore

Kembali ke Johor.. 3 Mac 2016... walaupun cuti pantang bersalin anak ke-4 belum tamat lagi... En.Suami boleh ambil masa untuk mencuci rumah yang ditinggalkan hampir 4 bulan....

Jun 20, 2015

Oct 17, 2012

Perkongsian bermakna.. renung2kan

Guru adalah org yang paling banyak bermain dengan ilmu sepanjang hidupnya...

Renung2kan >>

"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu..."

credit: 
http://perkongsianmaklumat.blogspot.com
http://hedreaminaction.com

Apr 18, 2012

Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam




Petua Cik Salwa: setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& makesure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main

latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Petua Cik Salwa : Cara Tangani Anak Tak Tido Malam



Petua Cik Salwa:

Setkan masa tdur anak kul 8.30pm..& make sure lampu semua tutup or sikit cahaya je ada...
siang pastikan dia byk main, kalu dia nak tidur, kejutkan...mesti setkan masa tidur siang n malam dia...so far kedua dua anak saya tak do masalah ....yuhhuuu...belajar psikologi baby


cik salwa pun dgr dari radio...ada org belajar kat oversea yang share ilmu psikologi ni...coz bila gelap dia tau kena tidur,,bila terang dia tau masa main


latihan ni kena amalkan from baby tu baru lahir lagi...dalam tempoh pantang dah kena praktik


Apr 17, 2012

Breastfeeding Tips

  • Menguruskan anak kecil memang mencabar..
  • Salah satunya..pasal nak bagi susu..
  • Ibu bolehla pilih nak bagi susu badan ke atau susu formula..
  • Semua orang tau yang breasfeeding tu bagus..
  • Kalau bagi susu badan, nanti ketahanan tubuh baby akan meningkat..dan risiko dapat penyakit tu kurang la..
  • Tapi kalau ada sebab tertentu, seperti doktor tak bagi atas sebab kesihatan..tak payahlah bagi breastfeeding..
  • Haa..perlu diingat,bagi susu kat baby tu mesti ikut keperluan..
  • Biasanya baby yang baru lahir nak menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali pada bulan yang pertama..
  • Setiap kali menyusu, baby selalunya ambil masa 10-20 minit..
  • Bila baby makin besar, makin kurangla kekerapan dia nak menyusu..
Untuk itu.. saya ingin berkongsi maklumat dari seorang pegawai perubatan bertauliah melalui blognya ..

Apr 16, 2012

Pendarahan Semasa Mengandung

Pengenalan
  • berpunca drpd pelbagai sebab
  • boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan
  • samada dari hanya setompok darah hinggalah pendarahan yg berlebih-lebihan
  • boleh jadi ringan atau kadang-kadang boleh mengancam nyawa
  • perlu diberitahu kepada doktor atau bidan segera
Penyebab pada peringkat awal kehamilan
  • keguguran
  • kehamilan ektopik atau di luar rahim
  • kehamilan molar
Penyebab pada akhir kehamilan
  • abrupsi plasenta
  • plasenta previa
  • kelahiran berdarah
Punca lain
  • ektropion-perubahan di pangkal rahim, tidak merbahaya, berlaku di pertengahan kedua kehamilan
  • jangkitan pada faraj atau kecederaan
  • sebab yg berkaitan dgn pangkal rahim spt polips, neoplasia atau servisitis
  • pendarahan selepas persetubuhan
  • atau tidak diketahui puncanya-50% berlaku di trimester pertama

Apr 15, 2012

Tanda-tanda Hampir Melahirkan..

Haaaa... saya baru dapat 1 komen dan soalan dari seorang pembaca yang sudi menghargai blog saya ..terimakasih banyak..
Mungkin ramai ibu-ibu kat luar sana juga mempunyai soalan yang sama..

Soalan pembaca blog saya:

"i am pregnant about 8 and 1/2 months. the thing is lately i perasan the keputihan dah tukar into stain yang kaler cokelat and it does smells like blood. itu pun tanda tanda nak bersalin ke? baby pon dah pusing half i guess dia dah melintang sekarang. kaki pun da agak slalu kebas kebas. hampir dah ke masanya. ee cuak tol"

Ok..kat sini saya sediakan sedikit info mengenainya..
Apa pun kita semua perlu faham yang Lain Orang Lain Gayanya ..
Antaranya tanda-tanda nak melahirkan ialah:

1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)

Apr 14, 2012

Nasihat Penting Untuk Ibu-ibu

Susu ibu
  • khasiat penting kepada bayi
  • melindungi bayi daripada penyakit
  • memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
  • ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain
  • cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
  • menyusukan bayi dengan kerap
  • mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan
Nasihat khusus untuk ibu bekerja
  • bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
  • memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
  • jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
  • sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
  • susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
  • jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu
Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
  • memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
  • memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
  • selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu
Pemberian susu tambahan
  • jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
  • jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
  • anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
  • sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

Apr 13, 2012

Senaman Selepas Bersalin

anda boleh melakukan senaman seminggu selepas melahirkan bergantung kepada:
  • keadaan anda dan
  • nasihat doktor
Kebaikan:
  • menggiatkan kembali otot-otot anda
  • memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan anda
  • mengurangkan berat badan anda yang naik ketika hamil
  • menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
  • membina teknik-teknik yang sesuai supaya anda dapat berehat dan tidur dalam waktu-waktu awal selepas melahirkan
  • ini penting kerana waktu tidur anda sering terganggu disebabkan penyusuan yang terpaksa diberikan di tengah malam
Senaman pernafasan
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • sebelah tangan anda diletakkan pada perut
  • tarik nafas anda melalui hidung
  • tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  • hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  • leher dan bahu jangan bergerak
Senaman perut
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • rapatkan tangan di sisi badan
  • angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  • lakukan semula pada kaki yang sebelah lagi
Senaman dada
  • baring menelentang
  • rapatkan tangan anda ke sisi badan
  • angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-duanya bersentuhan
  • kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan anda
  • lakukan sebanyak 20 kali
Senaman mengangkat punggung
  • baring, rapatkan lutut dan tegakkannya sementara kaki dibuka
  • angkat bahagian punggung anda dengan tapak kaki menekan lantai
  • jangan angkat bahu anda
  • biarkan sedemikian dengan kiraan 5
  • kembalikan punggung ke keadaan asal
  • lakukan sebanyak 10 kali
Senaman kaki
  • baring dengan melunjurkan kaki
  • gerakkan kedua-dua kaki anda
  • putarkan kedua-dua kaki anda dengan tumit dibuka

Apr 12, 2012

Senarai Keperluan Bersalin Di Hospital

Senarai keperluan bayi di hospital
  • 2 helai tuala mandi
  • 2 helai selimut
  • 20 helai kain lampin / pampers
  • 2 pin besar
  • 4 helai seluar kalis air
  • 4 helai baju / baju sejuk
  • 4 pasang seluar panjang
  • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 helai tuala muka
  • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  • 1 helai pakaian biasa
  • 2 pasang stokin
  • 1 pasang selipar
  • 3 helai coli khas untuk menyusu
  • 2 pasang pelapik coli
  • 5 helai seluar dalam pakai buang
  • sikat
  • berus gigi dan ubat gigi
  • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  • pakaian untuk pulang ke rumah
  • bahan bacaan
  • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
  • surat rujukan doktor
  • kad pengenalan anda
  • kad pengenalan suami anda
  • surat nikah
  • wang

Apr 1, 2012

Resipi Negeri Sembilan : Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 10 biji cili padi dikisar
  • 3 biji cili hidup dikisar
  • 3 batang serai diketuk
  • 3 batang bunga kantan dihiris
  • 5 helai daun kesum
  • 2 cawan air
  • garam, minyak masak dan gula pasir

Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk
  • Tumiskan bahan yang dikisar
  • Kacau seketika
  • Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum
  • Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin
  • Apabila mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masak hingga pekat

Bacaan lanjut: Penternakan Ikan Patin

Dec 27, 2008

Resipi Negeri Sembilan : Rendang Ayam

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 150g cili padi dikisar
  • 500g santan
  • 5 batang serai (dihiris halus)
  • 2 inci lengkuas (dikisar halus)
  • 2 inci halia (dikisar halus)
  • 1 inci kunyit (dikisar halus)
  • 300g bawang merah (dikisar halus)
  • 1 labu bawang putih (dikisar halus)

Bahan lain:
  • 1/2 cawan ketumbar (digorenga tanpa minyak dan dikisar halus)
  • 1 sudu jintan putih (digorenga tanpa minyak dan dikisar halus)
  • 1 sudu jintan manis (digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara:
  • Ayam dipotong kecil dan dibersihkan
  • Perapkan cili dan bahan-bahan yang dikisar dengan ayam selama 3 hingga 4 jam
  • Jerangkan kuali dan panaskan ayam tadi dahulu
  • kemudian masukkan santan, daun kunyit, kerisik, garam dan serbuk perasa
  • Masak hingga kering

Resipi Negeri Sembilan : Sayur Pecal

Bahan-bahan:
  • tauge
  • timun
  • kacang panjang
  • tauhu goreng
  • telur rebus
  • tempe goreng

Bahan kuah:
  • 2 sudu besar asam jawa
  • 1 cawan air panas
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh belacan
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 cawan kacang tanah

Cara-cara:
  • Tauge dan kacang panjang dicelur
  • Timun dihiris halus
  • Tauhu dan tempe digoreng
  • Asam jawa direndam jawa dalam air panas dan ditapis
  • Kisar bawang merah, cili, belacan dengan air sejuk hingga halus
  • Tumis bahan kisar hingga wangi selama 6 hingga 8 minit
  • Masukkan gula perang, kicap dan jus asam jawa
  • Renihkan selama 2 minit
  • Masukkan kacang dan renihkan selama 2 minit lagi
  • Sejukkan sebelum dicurahhkan pada sayur-sayuran tadi

Dec 26, 2008

Resipi Negeri Sembilan : Sambal Tempe Goreng

Bahan-bahan:
  • 5 keping tempe (dalam bungkusan daun)
  • 2 keping tauhu
  • 10 biji lada merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 biji lada merah belah dua
  • 1 biji lada hijau belah dua
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Tauhu dan tempe dipotong dan digoreng
  • Ketepikan
  • Tumiskan lada merah dan bawang besar yang dikisar hingga wangi
  • Masukkan bawang besar dan tumis hingga bawang layu
  • Masukkan lada yang dibelah dua dan kicap manis
  • Masukkan tauhu dan tempe
  • Sesuaikan rasanya
  • Kacau rata dan angkat

Resipi Negeri Sembilan : Paru Berlada

Mungkin ada antara kawan kita yang baca blog ni suka makan paru..boleh cuba resipi ni..

Bahan-bahan:
  • 1 kg paru ( rebus dan potong setebal 2cm)
  • 2 keping asam keping
  • garam, minyak masak dan gula pasir

Bahan kisar:
  • 5 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah

Cara-cara:
  • Goreng paru yang telah direbus hingga garing dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing
  • Masukkan asam keping, garam dan gula pasir secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan paru dan gaul hingga rata

Resipi Negeri 9 : Keli Lemak Cili Padi

Waah..ini lagi satu lauk yang mengancam...

Bahan-bahan:
  • 600g ikan keli
  • 150g cili padi
  • 2 inci kunyit
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 500g santan
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara:
  • Bersihkan ikan dan tos
  • Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih
  • Satukan cili yang dikisar dengan santan
  • Masukkan ikan dan didihkan kuah
  • Tambah garam secukupnya dan akhir sekali masukkan cili hijau
  • Kacau selalu agar tidak pecah minyak
  • Bila mendidih, padamkan api
  • Sedia untuk dihidang

Resipi Negeri 9 : Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi

Resipi ni sesuai time makan tengahari...makan dengan nasi panas...mmmm..marvellous!!!

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur itik
  • 500ml pati santan
  • 1 batang serai dititik
  • 10 biji belimbing buluh dititik
  • 150g pucuk ubi yang dibersihkan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Bahan dikisar:
  • 1 1/2 inci kunyit
  • 10 biji cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

Cara-cara:
  • Masukkan bahan dikisar, santan pekat dan serai ke dalam periuk
  • Reneh atas api perlahan
  • Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat
  • Biarkan kuah mendidih baru pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu
  • (Jangan sampai kuning telur pecah)
  • Bila telru dianggarkan masak dan agak keras, masukkan pucuk ubi
  • Biarkan sebentar agar empuk
  • Kemudian masukkan garam dan belimbing yang telah dititik
  • Teruskan mengacau untuk elakkan pecah minyak
  • Setelah dua minit, bolehlah diangkat

Dec 25, 2008

Resipi Negeri 9 : Daging Hitam Manis

Hmmmm... bagi yang suka masakan berunsurkan kicap, boleh try resipi ni..sedap..

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 cm halia dihiris halus
  • 7 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris halus
  • 3 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1/4 cawan cuka (ingat ni utk 1/2kg daging tau!!)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji cili hijau (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Daging dihiris nipis-nipis
  • Perapkan daging dengan garam dan serbuk kunyit
  • Masukkan 5 cawan air
  • Rebus daging sehingga air rebusan hampir kering
  • Asingkan baki daging dan air rebusan
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan daging, goreng selama 5 minit
  • Masukkan air rebusan tadi, kicap, cuka, gula, lada hitam dan bawang besar serta cili hijau dan cili merah
  • Kacau rata dan angkat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...