Apr 14, 2012

Nasihat Penting Untuk Ibu-ibu

Susu ibu
  • khasiat penting kepada bayi
  • melindungi bayi daripada penyakit
  • memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
  • ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain
  • cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
  • menyusukan bayi dengan kerap
  • mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan
Nasihat khusus untuk ibu bekerja
  • bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
  • memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
  • jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
  • sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
  • susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
  • jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu
Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
  • memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
  • memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
  • selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu
Pemberian susu tambahan
  • jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
  • jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
  • anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
  • sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

1 Komen Anda Di Sini:

  1. bayi yg menyusu ibu lebih dr sebulan akan tidak mendapat penyakit asma.
    My blog : Cabai Burung

    ReplyDelete

Ada komen membina atau apa2 yang ingin dikongsikan? Boleh taip kat bawah ni.. atau luahkan apa2 aje yang anda suka di sini..komen yang membina dari anda akan saya publishkan..Insya Allah..jgn lupa tekan butang publish yout comment ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...