Nov 14, 2008

Sukatan EPO

  • Sebenarnya ada 2 jenis pek yang boleh dibeli
  • Pertama: Pek EPO 600 mg dimakan 2-3 biji setiap hari selepas makan atau seperti diarahkan oleh doktor
  • Kedua: Pek EPO 1000 mg dimakan 1-2 biji setiap hari selepas makan atau seperti diarahkan oleh doktor
  • Ia mengandungi sumber gelatin : Bovine : disahkan halal oleh JAKIM

Kandungan EPO

  • Okla..Kalau nak tau lebih info tentang EPO yang aku guna ni..
  • Ini dia serba sedikit yang aku boleh share kan dengan korang
  • Setiap kapsul mengandungi EPO (Kandungan Gamma-linolenic Acid; 10%)
  • Ia dikedap udara untuk memelihara kesegaran dan potensi kandungannya..
  • Ia adalah khasiat tambahan atau makanan semulajadi yang kaya dengan GLA
  • GLA tu adalah asid lemak yang penting untuk badan kita
  • GLA boleh dimetabolismekan dalam badan kepada prekursor prostaglandin yang penting untuk fungsi sel-sel yang normal

Gambar EPO

  • Haa.. untuk lebih jelas dan terang, kat sini aku letak gambar EPO
  • Harganya RM 49.90 untuk 1 pek (setiap pek ada 2 botol, setiap botol ada 60 kapsul)
  • Makan 1 biji je satu hari, so boleh tahan 4 bulan
  • Sebenarnya ada macam-macam brand di pasaran..
  • Ini brand yang paling best yang aku pernah guna..
  • Brand Naturalle..
  • Manufactured by UPHA PHARMACEUTICAL MFG (M) SDN BHD..
  • Maybe, korang boleh try dan rasakan kehebatannya..

Evening Primrose Oil

  • Boleh dikatakan everyday aku dapat surf internet..
  • Seronok..happening..apa lagi sekarang ada lak youthsays..
  • Hmmm...kalo nak tau apa kelebihannya..nanti aku story on the next post..
  • EPO yang aku beli semalam tu harga dia RM 49.90 ..
  • Itu harga untuk 2 botol yang dah dipek sekali..
  • Dalam setiap botol tu ada 60 biji kapsul yang rupa isinya macam minyak ikan kod..
  • Tapi ini evening primrose oil la..bukan minyak ikan..
  • Ok, jadi untuk harga tu..dapatla 120 biji..
  • Aku makan 1 biji je satu hari..
  • Jadi 120 biji = 120 hari = 4 bulan..
  • Jadi korang cuma spend RM50 untuk 4 bulan..
  • Murah dan menjimatkan bukan..
  • Insya Allah, semoga ia sesuai dengan korang..
  • Korang tentu tak kecewa dengan hasilnya..
  • Tapi itu aku, tak nak la bagi korang jaminan yang gila-gila..
  • Nak tau lebih lanjut, aku cerita next post la k?
  • Aku nak rest jap...

Kongsi Dengan Remaja


  • Oklah..aku sambung sikit pasal Evening Primrose Oil..
  • Ni aku bercerita dari pengalaman...
  • Bagi adik-adik atau gadis yang baru meningkat remaja.. 
  • Dan juga anak2 dara...
  • Tentu ada sedikit sebanyak mengalami masalah kewanitaan..
  • Yang paling ketara, bagi remaja yang baru saja akil baligh..
  • Tentu ada segelintir yang mengalami senggugut yang teruk setiap bulan..
  • Ingat, aku ni bukan berkempen ye?
  • Cuma berkongsi pengalaman sendiri..
  • Hmmm..senggugut tu sakit perut sewaktu datang haid..
  • Omputeh sebut 'period pain'..
  • Orang Melayu kita sebut 'sakit datang bulan'..
  • Haaa... aku suggest la..elok diamalkan makan EPO ni...
  • Insya Allah, banyak kesan yang baik akan kamu alami nanti..
  • Senggugut berkurangan, jerawat hilang, kulit lebih cerah dan cantik..
  • Badan kamu juga akan lebih sihat dan ceria...

Not To Forget

  • Hmmm..aku kena catat ni tarikh aku dapat duit gaji..
  • 10 November 2008..
  • Saja je untuk ingatan..
  • Mmmmm... semalam aku pegi beli EPO..
  • Dan pencuci muka Safi Balqis..
  • Ooops, tentu masih ada yang tertanya-tanya EPO tu apa..
  • EPO tu sebenarnya, suplemen untuk kesihatan tubuh badan wanita..
  • Banyak kelebihannya yang ada pada EPO ni..
  • Nantilah aku story bila ada waktu nanti..
  • Kejap lagi ke..tengoklah kalau aku belum tidur..
  • Ok, EPO tu nama penuh dia Evening Primrose Oil..
  • Dua benda yang aku beli ni memang serasi dengan aku..
  • Best friend laaaaa boleh dikatakan..
  • Memang aku perlu every day...

Syukur Alhamdulillah

  • Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak duit gaji yang aku tunggu-tunggu..
  • Happy..Seronok semua ada..
  • Tapi..bila dapat duit ni macam-macam pulak timbul dalam kepala otak aku ni..
  • Aku duk pikir macam mana aku nak manage duit aku ni...
  • Kalau diikutkan apa yang aku rancang, macam-macam aku nak buat..
  • Kalau boleh nak aku share sikit-sikit sorang
  • Tapi setakat RM800..berapa lama sangat la boleh bertahan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...