Oct 22, 2008

Apa Perlu Ibu Buat?

  • Beri kasih sayang sepenuhnya pada baby
  • Bila menaiki kenderaan, letak baby pada tempat khas untuk baby duduk secara betul dan selamat..
  • Selalu ke klinik untuk dapatkan suntikan vaksin bagi baby mengikut jadual yang ditetapkan
  • Jauhi persekitaran yang berhabuk atau asap rokok daripada baby
  • Jauhi baby daripada sinaran cahaya matahari yang terik

Bila Baby Perlu Jumpa Doktor?

Bila baby menangis terlalu lama..
  • Oklah, memang normal kalau baby menangis bila lapar, perut kembung, sejuk atau selsema, atau lampin basah
  • Tapi kalau baby menangis terlalu lama, mungkin baby ada masalah berkaitan kesihatan

Bila baby tidur tak normal..
  • Memang selalunya baby baru lahir akan habiskan masa utk tidur aje
  • Tapi, kalau baby jarang terjaga, jarang bangun untuk menyusu, nampak keletihan atau tak berminat utk makan, segeralah jumpa doktor..

Bila ada jangkitan pada pusat..
  • Kalau ada nampak kemerahan pada pusat baby, atau baby menangis bila ibu menyentuh pusat atau kulit yang berhampiran dengan pusat, segeralah berjumpa doktor..

Baby dan Imunisasi

  • Bercakap pasal imunisasi, masih ramai ibu yang tak mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan
  • Sebenarnya baby perlu diberi beberapa suntikan untuk melindungi bayi tersebut daripada 10 penyakit utama yang sering menyerang anak kecil..
  • Sepatutnya baby perlu dapat semua imunisasi sebelum umur dia 2 tahun
  • Dan selalulah beri kerjasama pada doktor atau klinik kesihatan untuk memastikan anak mendapat imunisasi sebagaimana yang dijadualkan

Baby Tidur

  • Tidur yang cukup memang perlu untuk kesihatan bayi..
  • Selalulah letak baby tidur menelentang untuk elakkan risiko sindrom kematian mengejut (sudden infant death syndrome)
  • Pastikan jangan letak bantal atau selimut yang boleh menutup mulut atau hidung baby yang menyebabkan baby lemas semasa tidur
  • Sebaiknya berbincang dengan doktor,apa posisi terbaik untuk baby tidur

Tips Mandikan Baby

  • Pasal nak mandikan baby baru lahir ni perlu ibu maklum jugak..
  • Hik hik..Kalau nak diikutkan omputeh, diorang mandikan baby (newborn) 2 hingga 3 kali seminggu je pada tahun yang pertama..
  • Tapi kalau diikutkan orang Melayu kita tiap-tiap hari mandikan bayi..
  • Ok, 2 minggu pertama, ibu boleh gunakan span basah saja untuk mandikan baby sehinggalah pusat baby tu tanggal..
  • Lepas pusat baby tanggal, ibu dah boleh mandikan baby dalam besen berisi air suam (suam-suam kuku) sedalam 2 inci..
  • Jangan lupa, sokong kepala baby sepanjang masa mandi tu..
  • Jangan tinggalkan baby mandi sorang-sorang lak ye..hehehe..

Oct 14, 2008

Lain Dulu Lain Sekarang..

  •  Pada pendapat aku..
  • Walaupun bahan pengajaran kat sekolah sekarang lebih banyak dan lebih mudah..
  • Tapi cabaran jadi seorang cikgu sekolah sekarang lebih thrill rasanya..
  • Cikgu sekarang perlu lebih bijak.. lebih sabar..terutama bila berdepan dengan karenah budak yang macam-macam..
  • Kalau aku nak dibandingkan pelajar semasa zaman aku dulu dan zaman sekarang jauh bezanya..
  • Kalau dulu.. cikgu bagi 50 exercise ke..100 ke.. student buat je..tak membantah..
  • Kalau ada yang berani merungut pun, bisik belakang-belakang..
  • Tapi zaman sekarang..kalau cikgu bagi latihan 10 soalan pun dah macam2 komplen pelajar bagi..
  • Penat la..banyak sangat la..cikgu tak best la..aduh..memang kena banyak sabar..
  • Mak bapak pulak lebih percaya pada anak daripada cikgu..
  • Bila anak gagal, mak bapak salahkan cikgu, kononnya cikgu tak pandai mengajar..tapi anak sendiri malas belajar tak menjadi soal pulak..
  • Agak-agak adil ke tak adil? Bak kata Nabil Raja Lawak.." Lu pikir la sendiri...!!!
  • Lagi..kalau zaman aku dulu..pelajar tahu macamana nak menghormati cikgu..
  • Takut betul bila cikgu marah..
  • Tapi budak zaman sekarang dah makin hilang rasa hormat pada cikgu..tak takut langsung dengan cikgu..boleh main-main lagi kalau cikgu marah..
  • Haaa..cikgu sekarang kalau nak marah anak murid, memang perlu hati-hati..
  • Marah pun tak boleh lebih-lebih..nanti ada mak bapak pelajar datang serang cikgu kat sekolah..
  • Balik-balik cikgu yang salah..

Tomorrow ..


  • Besok last day aku kat SKPJ..
  • Tentu lepas ni aku rindu ngan suasana sekolah dan telatah anak-anak muridku..
  • Minggu ni aku cuba jugak abiskan syllabus yang ada dalam Textbook dan Activity Book..
  • Besok aku harap sempat aku discuss soalan pass year dengan student aku..
  • Aku dah pesan dah kat diorang.. balik rumah study.. next week ada exam..
  • Periksa akhir tahun akan mula pada Ahad ni..
  • Aku doakan semua student dapat jawab periksa dengan baik..
  • Walaupun, guru yang cuti bersalin tu akan masuk mengajar balik Khamis ni..
  • Aku rasa patut untuk aku cover semua bab sebelum exam bermula..

Rezeki rezeki..


  • 15 Oktober adalah hari terakhir aku sebagai guru ganti di SKPJ
  • Tak sangka..rezeki untukku datang lagi..
  • Baru sekejap tadi, kawan suami aku datang..tawarkan satu peluang kerja lagi..
  • Boleh terus mula 16 Oktober nanti..sampai 29 Oktober
  • Jadi fasilitator.. sepanjang waktu persekolahan..
  • Kerjanya adalah mengajar pelajar sekolah menengah tentang basic computer..
  • Selama 10 hari saja.. di beberapa sekolah di daerah Besut..
  • Alhamdulillah jugakla, kerja tu ada sangkut paut dengan course yang aku ambil dulu..IT..
  • Mereka perlukan 3 team..dan setiap team perlu ada 3 orang fasilitator..
  • Waah.. aku dan suami dah boleh jadi team members..tinggal tunggu persetujuan member suami aku je lagi sorang..
  • Mintak-mintakla kerja ni jadi..

Hari Terakhir Cuti Sekolah

  • Lepas saja aku diberhentikan, cuti sekolah pun bermula..
  • Pada hari terakhir cuti sekolah, pihak PPD call aku..
  • Aku ditawarkan jadi guru ganti guru bersalin di SKPJ..
  • Alhamdulillah, happy sungguh aku..
  • Family aku pun turut bersyukur..terubat juga hati aku ni..
  • Sampai sekarang aku masih di SKPJ, menghabiskan tugasku yang tinggal sekadar dua hari saja lagi..
  • Apa nasibku lepas ni agaknya..
  • Aku ada contact my friends, waah..semuanya dah dapat kerja best best.. ramai dah jadi cikgu..
  • Dan housemate aku dulu pun, sekarang gaji dah masuk RM2K..
  • Padahal masa belajar dulu ponteng kelas je memanjang..
  • Itulah nasib orang siapa tahu..
  • Hanya Tuhan saja yang tahu..

Kalau Dah Rezeki Kita Tak ke Mana..



  • Postpon dulu boleh?
  • Kira aci lah ni ek?
  • Nanti-nantilah aku sambung cerita semalam tu..
  • Ni nak cerita pasal rezeki ni..
  • Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
  • Aku belum bercerita lagi kisahku sebelum jadi guru ganti di SKPJ..
  • Sebelum ke SKPJ, aku dah diterima sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah di Daerah Hulu Besut..
  • Aku jadi guru ganti kepada guru yang pergi kursus selama 14 minggu..
  • Tapi, sayang seribu kali sayang rezeki aku kat situ cuma seminggu..
  • Cikgu yang aku ganti tu tak jadi pergi kursus pulak..
  • Terpaksala aku berenti sekerat jalan..
  • Tapi Alhamdulillah, sekolah tetap bayar duit gaji aku kerja seminggu tu..
  • Kebetulan pula, masa aku berhenti tu dah dekat nak cuti sekolah..
  • Tapi hati ni sedih jugakla, maklumla ini la first job aku selepas dua tahun dah aku grad..
  • Tapi aku redha.. mungkin ada hikmah di sebaliknya..

Oct 13, 2008

Tangisan dalam senyuman..


  • Kembali bercerita tentang Aidilfitri..
  • Pada Aidilfitri yang ketiga..iparku selamat melahirkan anaknya yang ketiga..
  • Alhamdulillah semuanya selamat..kali ni dia dapat baby boy..
  • Anak-anaknya yang sebelum ni kedua-duanya perempuan..
  • Setiap ibu bapa menyambut kelahiran cahaya mata dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..
  • Dan tentunya kita mengharapkan anak-anak yang lahir comel, bijak, baik dan sempurna..
  • Tetapi jika sebaliknya yang terjadi, kita harus redha menerima apa yang Tuhan kurniakan..
  • Semuanya adalah ketentuan dan kehendak-Nya..
  • Mungkin semua itu ada hikmah di sebaliknya..
  • Tetapi apa pun yang kita lakukan, jangan hanya berserah saja pada takdir sebelum kita berikhtiar yang terbaik..
  • "Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, sehinggalah seseorang itu sendiri yang mengubah nasibnya.." Tentu semua pernah dengar ni kan..
  • Apa yang aku nak cerita ada la jugak kaitan dengannya..
  • Tapi biarlah dulu..
  • Nanti aku sambung..
  • Mungkin apa yang aku akan perkatakan nanti boleh menjadi panduan dan pedoman untuk diri aku sendiri serta ibu-ibu juga bakal ibu khasnya..

Oct 12, 2008

Menangani Hypokalemia

Haaa.. dah nak abis dah cerita pasal hypokalemia ni..
Last sekali nak cerita tentang apa yang mungkin boleh kita ambil untuk mengelakkan diri kita daripada terkena hypokalemia ni:
Kita boleh memasukkan bahan-bahan yang kaya potassium dalam diet pemakanan kita seperti:
  • Pisang
  • Kiwi
  • Kekacang
  • Makanan berasaskan susu
  • Oren
  • Pic
  • Mentega kacang
  • Kacang pis
  • dan banyak lagi

Rawatan Hypokalemia

  • Ini dia info tentang rawatan yang mungkin boleh diambil oleh pesakit yang mengalami Hypokalemia
  • Pesakit hypokalemia yang ringan boleh diubati hanya dengan mengambil potassium tambahan melalui pemakanan
  • Pesakit yang lebih serius pula mungkin memerlukan potassium melalui vena (suntikan)
  • Untuk pengetahuan anda, salah satu keadaan hypokalemia boleh menyebabkan lumpuh. Ini berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah
  • Jadi rawatan untuk menurunkan tahap hormon tiroid dan meningkatkan tahap potassium dalam darah diperlukan
  • Biasanya dengan mengambil potassium (suplemen) sahaja sudah boleh memperbaiki keadaan
  • Tetapi anda perlu ingat, tanpa rawatan yang sempurna boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan boleh menyebabkan kematian
  • Antara komplikasi yang mungkin berlaku ialah pesakit mungkin boleh mengalami kelumpuhan yang boleh mengancam nyawa, degupan jantung menjadi tidak normal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang
  • Segeralah berjumpa dengan doktor atau pihak hospital berdekatan sekiranya anda mengalami muntah-muntah, cirit-birit yang berlebihan atau mengalami mana-mana simptom hypokalemia yang berkenaan

Oct 11, 2008

Simptom Hypokalemia

Kalau nak tahu..ini dia simptom-simptom orang yang mengalami Hypokalemia
Kalau seseorang tu hanya mengalami kekurangan Potassium yang sedikit, kita tak dapat lihat apa-apa simptom padanya
Tetapi jika sebaliknya, simptom yang mungkin adalah termasuk:
  • Degupan jantung yang abnormal terutama pada pesakit jantung
  • Kekejangan otot / otot tidak berfungsi dengan baik
  • Sembelit
  • Keletihan
  • Otot menjadi lemah
  • Lumpuh (sementara) - boleh melibatkan paru-paru
Antara ujian yang akan dilakukan oleh pegawai perubatan ialah mengambil sampel darah untuk memeriksa tahap Potassium

Oct 10, 2008

Hypokalemia (Kekurangan potassium dalam darah)

  • Kat sini nak cerita sikit pasal penyakit Hypokalemia yang adik ipar aku alami..

kredit: medicalnewstoday.com/
Nak tahu apa itu Hypokalemia?
  • Ia merujuk kepada keadaan seseorang yang mengalami kekurangan Potassium dalam darahnya

Nak tahu apa itu Potassium?
  • Potassium tu amat diperlukan oleh sel badan terutamanya bahagian saraf kita untuk berfungsi dengan baik
  • Kita boleh mendapatkan Potassium ni melalui makanan yang kita ambil
  • Potassium yang berlebihan akan disingkirkan oleh buah pinggang kita untuk memastikan kandungan mineral dalam badan kita seimbang
  • Hypokalemia berlaku apabila kandungan Potassium dalam darah kita terlalu rendah
Apakah punca yang mungkin jadi penyebab Hypokalemia?
  • Antibiotik (carbenicillin, gentamicin, amphotericin B)
  • Sesetengah ubat yang dikenali sebagai diuretics, yang boleh menyebabkan penghasilan urin yang berlebihan
  • Cirit-birit (termasuklah pengambilan bahan-bahan yang membantu memudahkan pembuangan air besar)
  • Penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang daripada berfungsi dengan baik (terutamanya dalam mengekalkan keseimbangan Potassium dalam darah contohnya seperti Liddle syndrome, Cushing syndrome, hyperaldosteronism, Bartter syndrome and Fanconi syndrome)
  • Pemakanan yang tidak betul
  • Perpeluhan yang berlebihan
  • Muntah yang berlebihan
  • Masalah buah pinggang
  • Kekurangan pengambilan sumber Potassium dalam diet pemakanan harian

Penyakit Lembik

  • Cerita pasal guru bersalin.. teringat pulak pengalaman aku bersalin dulu..
  • Ada masa nanti nak jugak aku kongsi pengalaman tu dengan ibu-ibu yang baca blog ni..
  • Sebelum aku terlupa, aku nak cerita pasal satu penyakit ni dulu..
  • Ini terjadi pada adik ipar aku sendiri..
  • Dia ni seorang lelaki..
  • Hari raya ketiga tempohari, adik ipar aku ni terpaksa ditahan di wad selama tiga hari
  • Dia diserang penyakit lumpuh sementara, susah jugak nak explain penyakit ni..
  • Kalau orang2 kat kampung aku sebut "penyakit lembik"..
  • Dia kehilangan tenaga, kebas seluruh badan, tak mampu berjalan sampaikan tangan pun tak larat nak angkat..
  • Bila ditanya doktor, penyakit ni dipanggil hypokalemia
  • Kebetulan pada hari yang sama, isterinya bersalin anaknya yang ketiga
  • Jadi suami aku dan adiknya yang seorang lagi bergilir-gilir menjaga adik ipar aku di hospital
  • Nasib baik, baby aku dah setahun lebih, bolehla jadi teman aku tidur kat rumah tanpa suami

Guru Ganti Bersalin

  • Inilah kerjaya pertama aku..
  • Wah..seronok sakan aku, bila diterima bekerja, walaupun hanya untuk sementara..
  • Walaupun tidak berpengalaman mengajar, aku cuba sedaya yang boleh untuk jadi seorang guru yang baik untuk anak-anak didikku..
  • Guru-guru yang ada di sekolah banyak membantu aku..
  • Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku di SKPJ ni..
  • Oh..ada yang bertanya..Gaji guru ganti berapa sebulan?
  • Kalau nak tahu, gaji guru ganti lebih kurang sama dengan orang kerja part time
  • Aku dibayar gaji hari.. sebanyak RM35.70 sehari + ITKA (RM5.00 sehari)
  • Jadi maknanya dapat la RM40.70 sehari, tapi dikenakan potongan KWSP jugakla sebanyak 11%
  • Inila yang tertulis kat surat tawaran yang aku dapat masa mula2 nak masuk mengajar hari tu
  • Tapi gaji guru ganti memang lewat sikit dibayar, tak sama dengan guru biasa
  • Aku pun belum dapat gaji lagi ni.. jadi banyak2 la bersabar

Oct 9, 2008

Cabaran Seorang Guru

  • Lupakan sekejap pasal KPLI.. Ini cerita aku sebagai guru ganti..
  • Untuk jadi guru ganti, aku buat permohonan ke PPD la
  • Hantar je resume dan surat permohonan, tunggu je dia panggil interview
  • Kalau ada rezeki dapatla..
  • Kalau kat tempat aku ni, PPD Besut la..
  • Alhamdulillah, kali ni rezeki aku..
  • Aku diterima sebagai guru ganti guru bersalin bermula 24 Ogos - 15 Oktober 2008..
  • Aku jadi English teacher untuk year 1 dan year 3 dan guru PJK..
  • Baru aku tau..bukan senang nak pikul tugas sebagai pendidik..
  • Baru aku tau besarnya tanggungjawab guru-guru aku dulu..
  • Macam-macam karenah murid yang aku temui setiap hari..
  • Yang paling penting perlu ada kesabaran yang tinggi dalam diri..
  • Apa2 pun ikhlas tu lebih penting..
  • Walaupun baru nak masuk sebulan aku mengajar dah rasa bagaikan setahun..
  • Tambah-tambah lagi bila berdepan dengan murid-murid yang degil..
  • Walaubagaimana pun, makin hari aku mengajar makin seronok pulak hati aku rasanya..
  • Walaupun setiap hari, bermacam-macam cabaran yang datang tapi itulah antara pengalaman yang manis dan berharga buat aku..

MTest KPLI

  • Kalau nak pergi temuduga KPLI, mestilah lulus MTEST dulu..
  • Mtest tu maknanya Malaysian Teacher Selection Test.
  • Kalau nak masuk kursus perguruan lepas ijazah kena amik exam ni…
  • Soalan MTest ada 4 bahagian iaitu Analitikal, Insak, Matematik dan Bahasa Inggeris..
  • Kuantitatif ada 30 soalan, perlu jawab dalam masa 30 minit
  • Bahasa Inggeris ada 25 soalan - 30 minit
  • Insak ada 135 soalan - 30 minit
  • Analitikal ada 20 soalan - 30 minit
  • Verbal ada 25 soalan - 30minit

Guru KPLI

  • Sekarang baru aku tahu.. bukan senang nak jadi cikgu..
  • Hari tu masa kawan-kawan aku sibuk duk amik Sarjana Muda Pendidikan, aku berlagak tak nak amik..
  • Masa tu aku fikir apa kelas jadi cikgu.. jadi aku amik Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Tapi ikhlas aku cakap kalau setakat PNGK 2.7, syarikat IT manala nak amik aku kerja agaknya... tambah-tambah di Besut ni..
  • Sekarang, bila dah tak de kerja, baru sibuk terkejar sini terkejar sana, sibuk duk apply KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).
  • Berapa ramai freshgraduate yang macam aku agaknya? Tapi rasanya aku dah tak leh dikira sebagai fresh lagi dah..hhihihik
  • Sekarang ni berapa ramai orang yang duk mintak KPLI.. Kawan-kawan aku yang amik 'Pendidikan' jugakla yang bersenang-lenang sekarang...
  • Tahun depan cuba lagi la aku gamaknya...

Haiii...Kembali bertemu..

  • Seronok bila kenangkan kembali saat-saat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
  • Walaupun sedikit kepenatan, Alhamdulillah ibadah puasa dapat disempurnakan dengan lancar.
  • Tahun ni jadual harianku lebih terisi dari tahun-tahun yang sebelumnya.
  • Sebelum ni aku hanya sebagai suri rumah sepenuh masa, maklumlah dah dua tahun aku menganggur setelah menamatkan pengajianku di Universiti Malaya.
  • Alhamdulillah, tahun ni aku diterima sebagai guru ganti di sebuah sekolah di daerah Besut.
  • Walaupun hanya sebagai guru ganti, ia merupakan pengalaman pertama yang amat bermakna buat aku.
  • Sebelum tu aku ada mohon KPLI dan aku ada menghadiri ujian M-Test tapi rezeki belum ada, aku tidak terpilih untuk menghadiri temuduga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...