Jul 8, 2008

Terbaik Untuk Bayi Anda

Anda harus memastikan bayi sendawa bagi setiap tiga auns cecair yang diminumnya.

  • Sekiranya bayi tidak sendawa setelah anda menghitung sampai 300;
  • Baringkan bayi selama 60 saat
  • Kemudian dukung semula dan bantu dia sendawa tatkala anda berdiri

Cara menangani ruam lampin

  • Angin-anginkan bayi setiap hari
  • Iaitu dengan menjauhkan bayi daripada lampin itu sendiri
  • Lima minit sehari tanpa lampin pasti membantu

Sukatan Auns Susu

  • Seeloknya ibu memberikan bayi susu sekurang-kurangnya tiga auns setiap kali tiba masa minum.
  • Sekiranya bayi mendapat bekalan sebanyak itu, bayi akan lebih nyenyak tidur di malam hari
  • Semasa memberikan bayi susu di malam hari pula dinasihatkan ibu bapa agar menghidupkan lampu yang malap supaya lebih mudah bayi ditidurkan semula

-diketengahkan oleh Cik Jeanne Murphy dalam bukunya, Baby Tips For New Moms -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...