Feb 21, 2008

Sutlac ( Puding Nasi Bakar )

Bahan-bahan:
  • 500ml susu segar
  • 100g gula pasir
  • 40g nasi
  • 10g tepung ganduum
  • 1 biji kuning telur
Cara-cara:
  • Didihkan gula bersama susu segar dan setelah mendidih, masukkan nasi
  • Kecilkan api, kacau tepung jagung bersama sedikit air dan setersnya tuangkan ke dalam acuan susu segar tadi
  • Tambahkan kuning telur dan kacau sebati
  • Tuangkan adunan ke dalam mangkuk seramik dan bakar dengan suhu 180 darjah celcius sehingga warna bertukar keperangan
  • Hidangkan ketika sejuk

Puding Gula Hangus

Bahan-bahan:
  • 500ml susu segar
  • 100g gula pasir
  • 5 biji telur
  • Bahan lapisan Gula Hangus:
  • 150g gula pasir
  • 80ml air
Cara-cara:
  • Panaskan susu segar bersama 50g gula pasir
  • Pukul kesemua telur bersama 50g gula pasir dan masukkan kesemuanya ke dalam susu segar yang sedang dididihkan
  • Tuang dan ratakan gula hangus di dalam mangkuk acuan. Biarkan seketika
  • Tuangkan adunan susu dan telur tadi ke dalam acuan yang telah dilapisi dengan gula hangus
  • Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 40-50 minit
  • Masukkan buah-buahan segar bersama puding dan hidang ketika sejuk

Feb 5, 2008

Pemakanan Selepas Bersalin

Makan Makanan Berkhasiat
  • akan menyihatkan anda selepas bersalin
  • dapat membantu mengeluarkan susu badan
  • banyakkan minum air terutamanya air masak
  • jika perlu doktor anda akan mencadangkan anda vitamin/zat galian tambahan

Pemeriksaan Selepas Bersalin

  • selepas 5 minggu melahirkan anak, anda perlu berjumpa dengan doktor
  • untuk menentukan kesihatan anda
  • ini waktu yang sesuai berbincang dengan doktor tentang perancangan keluarga

Puerperium (Sewaktu Pantang)

Puerperium (Tempoh Pantang)
  • peringkat di antara kelahiran anak sehingga 6 minggu selepas kelahiran
  • badan ibu akan kembali kepada keadaan biasa (peringkat sebelum hamil)
  • pengeluaran susu badan bermula
  • ibu sepatutnya memberi susu badan sepenuhnya pada bayi
Masalah yang mungkin dialami:

Jangkitan episiotomi
  • sewaktu bersalin, doktor anda mungkin terpaksa melakukan pemotongan kecil pada perineum yang dikenali sebagai episiotomi untuk
  • meluaskan saluran peranakan
  • memudahkan anda bersalin
  • mengelakkan perineum daripada terkoyak
  • luka ini akan dijahit semula selepas bersalin
  • biasanya ia akan cepat sembuh
  • anda mestilah membasuhnya selalu supaya sentiasa bersih
  • jika anda berasa sakit atau bengkak semasa penyembuhannya, jumpalah doktor anda
Kesakitan selepas bersalin
  • berlaku pada hari pertama dan kedua selepas bersalin
  • berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yang mula kembali ke saiz asal
  • proses pengecutan rahim akan menjadi lebih cepat sekiranya anda menyusukan bayi
Buah dada terasa padat
  • berlaku pada awal kelahiran
  • ia perkara biasa
  • akan hilang setelah anda mulakan penyusuan
  • gunakan coli yang dapat mengampu buah dada dengan baik
Keletihan
  • anda perlu banyak berehat
  • minta bantuan suami atau keluarga untuk menguruskan rumah dan anak-anak yang lain

Lain-lain Kelahiran

  • lebih 90% ibu melahirkan secara biasa
  • 10% ibu melahirkan secara:
  • "Caesarean" iaitu pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan bayi atau
  • "forceps"

Tanda-tanda Hampir Bersalin

  • ibu akan berasa 'pengecutan otot' dan sakit berperingkat-peringkat serta semakin kerap
  • apabila si ibu mendapati terdapat lendir berdarah keluar
  • apabila karung ketuban pecah
  • segeralah ke hospital sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas

Bagaimana Bayi Dilahirkan

Kelahiran biasa melalui 3 peringkat:

Peringkat pertama

  • ibu mengalami kontraksi atau "pengecutan" selama 12 jam (bagi ibu yang pertama kali bersalin)
  • ibu mengalami kontraksi atau "pengecutan" selama 8 jam (bagi ibu yang pernah bersalin sebelumnya)
  • ada juga sesetengah ibu mengalami kontraksi dalam tempoh masa yang lebih pendek
Peringkat kedua
  • bayi dilahirkan melalui saluran peranakan
  • apabila otot-otot rahim mengecut rahim akan terbuka sepenuhnya
  • apabila rahim terbuka sepenuhnya kepala bayi akan kelihatan
  • ibu akan meneran dibantu oleh doktor atau bidan
  • kepala bayi akan muncul disambut oleh doktor atau bidan
  • ibu akan dibantu untuk meneran sehingga bayi selamat dilahirkan
  • tali pusat bayi dipotong kerana pernafasan dan pengaliran darah bayi tidak lagi bergantung kepada ibu
Peringkat ketiga
  • rahim mengecut sekali lagi
  • uri dikeluarkan dengan bantuan doktor atau bidan

Persediaan Untuk Kelahiran Anak

Sediakanlah barang-barang keperluan untuk anda dan anak pada penghujung bulan ketujuh kehamilan

Senarai barang keperluan bayi di rumah

Pakaian bayi:
  • 3 helai tuala mandi
  • 4 helai tuala muka
  • 20-30 keping pampers atau lampin
  • 3 pin besar (safety pin)
  • 6 pasang seluar kalis air
  • 6 pasang baju kain kapas (lengan pendek dan panjang)
  • 6 pasang seluar panjang
  • 2 helai baju sejuk
  • 6 pasang sarung kaki
  • 6 pasang sarung tangan
Barang-barang penjagaan bayi:
  • sebaiknya pilih barangan hipoalergenik (mengurangkan risiko alahan)
  • syampu bayi
  • mandian bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • tisu basah bayi (wet tissue)
Peralatan sampingan:
  • katil
  • tilam
  • 3 helai sarung tilam
  • 2 helai selimut
  • 2 helai pelapik plastik/getah
  • 2 buah baldi berpenutup untuk lampin basah/kotor
  • kapas
  • putik kapas
  • gunting kecil
  • pemotong kuku
  • tab mandi
  • barang permainan
Makanan bayi:
  • dapatkan nasihat doktor anda berhubung dengan perkara ini
Lain-lain keperluan:
  • kereta sorong
  • kerusi beroda (walker)
  • kerusi makan bayi
  • kerusi keselamatan kereta

Masalah Sering Berlaku Ketika Hamil

Sakit belakang
  • disebabkan rahim yang semakin membesar yang menegangkan otot-otot bahagian belakang
  • untuk melegakan sakit belakang:
    • kekalkan kedudukan tubuh yang baik
    • tidur di atas tilam yang sempurna
    • mintalah bantuan suami mengurut belakang anda
Kaki membengkak
  • perkara biasa
  • hasil daripada penyimpanan air yang disebabkan oleh pertukaran hormon
  • jangan berdiri terlalu lama pada suatu masa
  • jika kaki, muka dan tangan membengkak, segeralah berjumpa doktor
Kekejangan kaki
  • biasa berlaku
  • untuk melegakannya:
    • urut kaki anda dan bengkokkan kaki anda ke atas untuk menegangkan otot-otot betis
  • mintalah nasihat doktor
  • akan hilang setelah anda bersalin
Tangan kebas
  • disebabkan oleh penyimpanan air
  • akan hilang selepas bersalin
Gatal-gatal pada badan
  • perkara biasa
  • jika ia semakin teruk seperti mata dan kulit anda menjadi kuning segeralah berjumpa doktor
  • untuk melegakannya, sapukan losyen 'calamine'
Sembelit
  • biasa berlaku ketika hamil
  • banyakkan minum air
  • ambil makanan kaya serat atau gentian seperti buah-buahan dan bijirin
  • minum atau makan julap hanya sekiranya dibenarkan oleh doktor
Faraj berdarah
  • Berjumpalah doktor secepat mungkin

Feb 3, 2008

Senaman Bantu Mudah Bersalin

Senaman antenatal
  • membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
  • membantu anda mudah bersalin
  • mengekalkan kesihatan yang baik
  • mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan
Mencegah sakit belakang
  • letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
  • letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
  • tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
  • pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
  • kembali ke kedudukan asal
  • tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang
Mengendurkan otot-otot pinggang
  • duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
  • tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
  • setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi
Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
  • baring menelentang
  • kempiskan perut anda ke dalam dan
  • tekan bahagian belakang anda dan berehat
  • rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
  • lakukan senaman ini perlahan-lahan
  • boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk
Mencegah kekejangan kaki
  • baring menelentang
  • angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
  • kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
  • ulang pada kaki sebelah lagi
Menguatkan otot-otot perut
  • baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
  • kemudian berehat

Minggu ke-13 Hingga ke-40 Kehamilan

Perubahan yang mungkin akan dilalui
  • Pertambahan berat badan:
    • akan bertambah lebih kurang 0.3kg seminggu sehingga minggu ke-36
    • pertambahan berat badan sehingga 12kg (26lb) adalah dianggap biasa
    • jika berat badan anda kurang di waktu kehamilan, anda perlu cuba menambahkannya
    • pertambahan berat badan yang sihat boleh diperolehi melalui:
      • pemakanan yang seimbang dan
      • senaman yang cukup
    • jika anda mengalami pertambahan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba, jumpalah doktor segera
  • Perubahan pada perut:
    • akan kelihatan jelas membesar pada bulan keempat kehamilan
    • disebabkan oleh bayi di dalam kandungan mula membesar dan mengembangkan rahim anda
    • pada akhir kehamilan , bahagian atas rahim anda akan kelihatan sama dengan bahagian pinggang
  • Perubahan pada buah dada:
    • buah dada membesar
    • suatu keadaan semula jadi untuk menyiapkan diri untuk penyusuan
    • disebabkan oleh lemak yang terhimpun di tisu
    • kelenjar dan saluran susu membesar
    • kadang-kadang ia mengeluarkan cecair putih yang dikenali kolostrum dan ia perkara biasa
  • Apa yang perlu anda lakukan ketika mengalami perubahan-perubahan ini:
    • selalu berjumpa doktor seperti yang dijadualkan untuk:
      • pemeriksaan tekanan darah
      • pengukuran pertambahan berat badan
      • menentukan kandungan dalam keadaan baik
    • makan dengan cukup dan seimbang
    • gunakan pakaian yang longgar dan selesa

Bakal Bapa Boleh Membantu

  • Ambil alih sebahagian daripada kerja rumah
  • Fahami tanggungjawab anda yang baru
  • Jadi pasangan yang saling bantu membantu
  • Cuba lebih peka terhadap perubahan emosi isteri sepanjang kehamilan

Feb 2, 2008

Penjagaan Diri Di Awal Kehamilan

  • Rehat dan tidurlah dengan cukup
    • anda mungkin mudah letih
    • dapatkan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap malam
    • minta tolong ahli keluarga membantu anda menguruskan kerja-kerja rumah
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa
    • pakai coli yang dapat memberi ampuan yang baik terhadap buah dada yang semakin membesar
  • Pakai kasut yang bertumit rendah untuk:
    • keselamatan dan
    • mengelakkan sakit belakang
  • Elakkan daripada memakai:
    • tali pinggang
    • pakaian yang mencerut di pinggang
  • Sebaiknya elakkan hubungan kelamin secara agresif dalam masa tiga bulan yang pertama, terutamanya bagi yang pernah mengalami keguguran sebelum ini
  • Elakkan daripada mengubati diri sendiri
    • ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan
    • hanya ubat yang dibenarkan oleh doktor sahaja yang boleh digunakan
  • Makanlah berbagai-bagai jenis makanan
    • pilihlah makanan daripada kumpulan ini setiap hari
      • karbohidrat- memberikan tenaga untuk anda dan anak yang semakin membesar
      • protein-untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu badan ibu dan anak
      • vitamin dan zat galian-untuk mencegah ibu dari jangkitan dan untuk pertumbuhan anak
    • pemakanan yang seimbang semasa hamil:
      • membantu anda sihat sentiasa
      • menyediakan khasiat-khasiat yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi
      • menyediakan ibu untuk penyusuan yang sempurna
    • rancang setiap hidangan dengan teliti
    • makanlah secara teratur
  • Selalulah melawat doktor gigi
    • beritahu doktor gigi anda sedang hamil
    • sewaktu hamil, gigi cepat rosak
    • berus gigi dengan teliti

Mengira Jangkaan Tarikh Lahir Anak

  • Ini untuk menjangka tarikh anak anda lahir
  • Ini hanyalah jangkaan sahaja
  • Penting untuk anda mengingati hari pertama haid anda yang terakhir
  • Campurkan 7 hari
  • Kemudian campurkan 9 bulan
  • Kelahiran anak mungkin berlaku 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas tarikh jangkaan
  • Contoh pengiraan:
Hari pertama haid terakhir : 1 Januari 2008
Campurkan 7 hari : 8 Januari 2008
Campurkan 9 bulan : 8 Oktober 2008
Tarikh dijangka anak lahir : 8 Oktober 2008

Menghadapi Kehamilan: Masalah Mungkin Dialami

  • Pendarahan
    • mungkin satu tanda ancaman keguguran
  • Jangkitan sistem pembuangan air kecil
    • merasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
    • jika air kencing keruh atau ada tanda-tanda darah
    • sila rujuk doktor anda
  • Jangkitan kemaluan
    • lelehan putih yang menyebabkan kemaluan rasa gatal
    • disebabkan oleh kulat
    • dapat dirawat dengan mudah
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Muntah dan loya berterusan
    • makan sedikit-sedikit tetapi kerap
    • makan makanan yang kering seperti biskut boleh membantu
    • elakkan makanan yang berlemak dan berminyak

Menghadapi Kehamilan: Setelah Sah Hamil

  • Pilih hospital / klinik bersalin yang sesuai untuk melahirkan bayi
  • Pastikan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh diperolehi dengan:
    • bertanya doktor
    • bertanya rakan yang pernah mendapat rawatan di tempat itu
    • melawat tempat bersalin itu sendiri

Menghadapi Kehamilan: Mengesah Kehamilan

  • Jumpa doktor dengan seberapa segera
  • Doktor mungkin akan:
    • melakukan ujian kehamilan
    • melakukan pemeriksaan "ultrasound"
      • tidak membahayakan kandungan
    • memberi nasihat tentang berapa kerap pemeriksaan yang harus dilakukan sepanjang kehamilan

Menghadapi Kehamilan: Mengesan Kehamilan

  • Tidak datang haid
  • Loya
    • berserta dengan muntah atau pun tidak
    • dikenali sebagai (morning sickness)
    • boleh berlaku bila-bila masa sahaja
  • Buah dada membesar
    • kelenjar susu membesar
    • disebabkan lemak yang bertambah
    • sebagai persediaan untuk penyusuan anak
  • Lebih kerap membuang air kecil
    • rahim yang membesar menekan pundi kencing
  • Bertambah letih
    • lebih penat dari biasa

Menghadapi Kehamilan: Persediaan Kewangan

  • Anda harus membuat perbelanjaan tambahan sebelum dan selepas kelahiran
  • Antara perbelanjaan yang berkaitan:
    • pemeriksaan doktor
    • perbelanjaaan bersalin
    • pakaian anak dan ibu
    • keperluan anak dan ibu selepas kelahiran nanti

Menghadapi Kehamilan: Manfaat Menjarakkan Kehamilan

Kebaikan untuk ibu:
  • kesihatan ibu lebih baik
  • peluang yang lebih baik untuk menyusu badan
  • sikap dan tumpuan yang lebih baik dapat diberikan pada setiap anak
Kebaikan untuk anak:
  • berat badan yang baik sewaktu kelahiran
  • mendapat penjagaan yang lebih baik
  • mendapat perhatian yang lebih
  • pembangunan mental yang lebih baik

Menghadapi Kehamilan: Masa Paling Sesuai

  • Sebaik sahaja anda berhenti daripada segala penggunaan "kontraseptif"
  • Ibu berusia 20-35 tahun
  • Bayi dilahirkan sekurang-kurangnya 2-3 tahun selepas kelahiran anak yang lalu

Menghadapi Kehamilan: Pemeriksaan Kesihatan

Jumpa doktor jika anda mengalami penyakit terutamanya:
  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
Dapatkan pemeriksaan doktor seperti:
  • jalankan ujian darah untuk:
    • mengesahkan jika salah seorang daripada suami isteri alami sebarang masalah kebakaan atau
    • jika kumpulan darah anda dan pasangan tidak sesuai
    • membantu doktor menjaga kehamilan anda dengan lebih teliti
Dapatkan pemeriksaan Pap Smear
  • satu cara untuk mengesan barah pangkal rahim di peringkat awal
  • untuk menentukan anda benar-benar sihat sebelum merancang keluarga
Dapatkan pelalian pencegah Rubela
  • sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil
  • hanya untuk ibu
  • jika dihidapi ibu pada peringkat awal kehamilan, Rubela atau German Measle boleh menyebabkan kecacatan bawaan kepada anak seperti:
    • terencat akal
    • buta
    • tuli

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-16


  • Mula dapat merasai pergerakan bayi
  • Biasanya terasa seperti buih udara atau pergerakan yang lembut dan tidak ketara
  • Jika urat di kaki mula membengkak, pakailah stoking
  • Lakukan senaman yang ringan untuk memperbaiki peredaran darah

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-15


  • Rahim sudah boleh dirasai antara 3-4 inci di bawah pusat
  • Apabila tidur sebaiknya mengiring ke sebelah kiri untuk melancarkan peredaran darah

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-14


  • Sudah perlu memakai pakaian hamil
  • Kulit dan otot mula meregang untuk memenuhi keperluan bayi
  • Elakkan masalah sembelit
  • Minum air lebih banyak
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-13


  • Hormon di dalam tubuh si ibu mula stabil
  • Morning sickness yang dialami semakin berkurangan
  • Risiko keguguran masih ada tetapi berkurangan berbanding trimester pertama

Feb 1, 2008

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-12


  • Jika ini kehamilan pertama, si ibu masih boleh memakai pakaian biasa
  • Jika pernah hamil sebelum ini, si ibu tidak dapat lagi menyembunyikan perut yang semakin membesar
  • Kebanyakan ibu akan mengalami regangan di:
    • abdomen
    • payudara
    • paha
    • punggung
  • Elakkan pertambahan berat yang berlebihan

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-11


  • Rahim sudah cukup besar untuk memenuhi pinggul dan boleh dirasai di bahagian bawah abdomen
  • Ibu juga mungkin mengalami perubahan pada:
    • rambut
    • kulit
    • kuku
    • jari
    • kaki
  • Kuantiti darah meningkat, jadi ibu akan rasa lebih panas dari biasa

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-10


  • Ibu akan lebih selesa memakai pakaian longgar
  • Ibu akn kerap berasa letih dan moody
  • Simptom ini tidak akan berpanjangan
  • Gusi mudah berdarah
  • Pastikan anda ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali sepanjang kehamilan

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-9


  • Rahim semakin membesar
  • Perubahan mood (simptom PMS) menjadi perkara biasa yang akan dialami
  • Ambil lebih banyak makanan yang mengandungi kalsium seperti:
    • sardin
    • keju
    • brokoli

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-8


  • Rahim ibu kini sebesar limau bali
  • Ibu mungkin mengalami kekejangan di bahagian bawah atau tepi abdomen
  • Ini disebabkan rahim meregang dan mengecut sepanjang kehamilan
  • Jumpa doktor jika mengalami kontraksi yang disertai pendarahan
  • Senaman payudara penting untuk mengelakkan payudara melendut selepas kelahiran

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-7


  • Tubuh terutamanya di bahagian perut masih belum menonjol
  • Ibu sudah dapat merasai perubahan
  • Ibu masih mengalami morning sickness dan simptom yang lain
  • Jangan biarkan perut kosong
  • Makan sedikit tapi kerap

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-6


  • Berat badan mungkin naik beberapa kilogram
  • Berat badan mungkin susut jika mengalami "morning sickness"
  • Perubahan yang bakal dirasai:
    • pakaian mula terasa ketat terutama di bahagian pinggang
    • kaki dan payudara bertambah berat
  • Jangan abaikan pengambilan vitamin antenatal

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-5


  • Masih tiada banyak perubahan
  • Simptom awal kehamilan ialah:
    • Loya dikenali sebagai "morning sickness"
    • "morning sickness" boleh berlaku sepanjang hari
    • sakit di payudara
    • areola semakin gelap
    • kerap buang air kecil
    • mudah letih
  • Segeralah berjumpa doktor yang berkenaan untuk sahkan kehamilan

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-4


Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu ke-3

  • Telur dan sperma bercantum
  • Saiznya masih kecil sebesar kepala pin
  • Ibu masih tidak merasa apa-apa perubahan
  • Ibu belum mengalami masalah haid "lewat" pada waktu ini
  • Waktu paling baik untuk menguji kehamilan ialah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur

Perkembangan di Awal Kehamilan: Minggu 1-2


  • Kira-kira 20 telur (ovum) mula matang berubah menjadi folikel
  • Apabila salah satu folikel pecah, ia mengeluarkan telur yang menuju ke tiub fallopio untuk disenyawakan
  • Mengambil masa 14 hari sebelum kitaran haid berakhir
  • Ini masa anda paling subur
  • Telur boleh disenyawakan antara 12-24 jam setelah ovum dikeluarkan
  • Pastikan anda mengambil asid folik 0.4mg setiap hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...