Pages
(Move to ...)
HOME
RECIPES
Mom & Babies
HEALTHCARE
▼
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum 1 ¼ cawan gula halus 1 cawan planta atau mentega 3 biji kuning telur 1 camca teh perisa vanila 1 tin kelapa kering (separuh sahaja) 1 cawan badam cincang
Cara :
Kacau gula dan planta hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan perisa vanila , kelapa kering, badam cincang dan tepung gandum dan kacau.(adunannya adalah lembut). Sapukan sedikit planta pada acuan sampan pada kali pertama bakar. Gunakan sudu untuk memasukkan adunan kedalam acuan sampan. Sapukan kuning telur dipermukaan biskut dan hiaskan diatasnya dengan badam hiris, ceri merah dan ceri hijau. Kemudian bakar hingga kekuningan. Semasa panas panas ketukkan biskut tadi keluar dari acuannya.
Bahan- bahan : 6 oz tepung gandum 1 biji merah telur 6 oz tepung jagung 4 oz gula halus; 4 oz mentega ½ camca teh serbuk kayu manis
Cara :
Ayak tepung gandum + tepung jagung serta kayu manis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan acuan ke dalam tin. Bila mentega kembang, masukkan telur dengan tepung dan uli hingga sebati. Simpan adunan dalam peti ais (1jam). Parut adunan dengan penarut mata halus. Taburkan coklat rice dan bakar.
Bahan-bahan : 3 gandum 1 cawan gula 2 biji telur kuning rebus 1 camca teh vanilla 1 camca teh baking powder Cara :
Pukul marjerin dengan gula hingga kembangKemudian masukkan telur rebus (kuning) dan vanilla. Akhir sekali masukkan baking powder dan gandum. Gaul hingga rata.Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko. Masukkan kedalam acuan ½ koko+ ½ kuning, tekan dan potong. Bakar
Bahan-bahan : 100 oz tepung ubi kayu (kanji) 5 oz tepung gandum ¾ cawan mentega ¾ cawan gula halus 1 biji telor 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla Cara :
Ayak tepung ubi, gandum dan baking powder dalam satu bekasPukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen. Pukul lagi, masukkan tepung sedikit-sedikit, jadikan satu adunan. Bila semuanya sebati, ambil sebesar ibujari tiap-tiap satu dan digentel panjang dan pusing seperti bentuk siput. Bentukan semula, letakkan tangkainya Setelah itu sapukan diluarnya dengan kuning telur tadi. Bila selesai, bakar.
Bahan-bahan:
1 buku buttercup
3 sudu gula halus
2 biji kuning telur
tepung gandum (tambah sedikit serbuk penaik ( ½ sudu teh)
Cara :
Butter dan gula di pukul sampai kembang
Masukkan kuning telur
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat dijari.
Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan samprit kemudian picitkan dengan keadaan bentuk gigi di bawah.
Anggarkan sepanjang 2 inci
Masukkan jem nanas (dibulat-bulatkan terlebih dahulu) dan gulung.
Sapukan sedikit kuning telur di atas kuih dan bakar.
Intinya
1 biji nanas yang setengah masak(diparut)
1 cawan gula pasir
sedikit minyak sapi /mentega
tepung jagung
limau nipis
pewarna kuning
Cara :
Toskan sedikit nanas parut tapi jangan di perah
Masak hingga agak kurang airnya kemudian masukkan gula.
Bila agak kering masukkan air limau nipis sesudu , pewarna kuning dan butter.
Untuk mengentalkan tabur satu sudu tepung jagung.
Pastikan jangan sampai inti terlalu kering. Ianya akan menyebabkan inti tart liat.
Bahan-bahan: 250 gm tepung gandum 125 gm marjerin 1 biji telur(dipukul) 2 sudu besar air sedikit garam Untuk intinya: 185 gm gula pasir 1 biji nenas diparut 3 kuntum bunga cengkih Cara : Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat.Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Adunan dimasukkan dalam acuan (macam acuan biskut dahlia) kemudian di picit keluar ke atas dulang. Adunan yang picit keluar agak panjang maka perlu dipotong mengikut intinya (banyak atau sikit). Adunan yang dipotong diterbalikkan dan masukkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan. Then, tutuplah adunan tu (dengan menemukan hujung & angkalnya), bila ditutup maka yang bergerigi tu di bhg ataslah. Last sekali, sapukan sedikit kuning telur diatasnya supaya nampak berkilat. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 20-30 minit.
Bahan-Bahan:
½ kati hati lembu (direbus hingga empuk) 5 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dikoyak-koyakkan) 6 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 2 hiris halia (dihiris halus) ½ camca besar ketumbar ½ camca teh jintan manis ½ camca teh jintan putih Garam dan gula secukup rasa Cara:
Hati lembu dipotong kecil-kecil.Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan manis dan jintan putih digiling hingga lumat. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah digiling tadi hingga garing. Masukkan sedikit pati santan jika suka. Kemudian masukkan hati dan daun limau purut.. Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalamnya sambil digaul rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
Bahan-bahan:
Daging Bawang Merah/Putih Serbuk lada Hitam Cili Sos Sos Tiram Cara:
Tumiskan bawang, masukkan daging & lada hitam dan sedikit air. Biarkan daging empuk Lastly masukkan cili sos dan sos tiram dan sedikit garam.
Bahan-Bahan: 500 gm daging batang pinang 30 gm ubi kentang 10 gm bawang merah 10 gm cili padi 5 gm bawang putih 5 gm halia 5 gm kunyit hidup 5 gm buah keras 2 biji asam limau(ambil air) 1 biji kelapa(ambil santan) 2 batang serai 1 helai daun kunyit 2 sudu minyak masak Cara:
Halia, bawang putih, serai & bawang merah ditumbuk, diperap dgn daging yg telah dibahagikan kpd 4 bhgn. Panggang daging separuh masak. Cili padi, buah keras, serai,bawang merah & bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan2 tadi hingga terbit baunya. Masukkan perahan air limau serta santan & garam secukup rasa. Daging panggang tadi dihiris & masukkan ke dlm kuah berserta ubi kentang. Masukkan daun kunyit, kacau hingga masak.
Bahan-bahan rempah:
15 tangkai cili kering 6cm halia 4cm lengkuas dikisar halus 2cm kunyit hidup 10 biji bawang merah 5 biji bawang putih 4 sudu pati asam jawa Air secukupnya untuk merebus daging dan tulang Garam secukup rasa Sedikit belacan jika suka 2 helai daun limau purut Cara-cara
Rebus daging dan tulang rawan sampai empuk. Tumis bahan kisar, belacan sampai rempah masak dan masukkan daun limau purut. Kacau dan renehkan seketika. Masukkan rebusan daging dan tulang rawan bersama air rebusan. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Reneh sampai masak air dan hidangkan.
Bahan-Bahan:
800 gm nangka muda (dipotong dadu) 40 gm bawang putih (dimayang) 100 gm bawang merah (dimayang) 1 kg daging lembu 3 batang serai 10 helai daun kari 1 sudu besar serbuk kunyit6 sudu besar rempah kari 3 cm halia 1 liter santan 3 kuntum bunga lawang 2 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelaga Garam Cara:
Tumiskan semua bahan di atas kecuali santan, daging dan nangka muda. Bila tumisan garing dan naik baunya, masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan daging dan nangka muda dan masak sehingga empuk. Perlahankan api dan biarkan seketika sebelum diangkat.
Bahan-Bahan:
600 gm daging300 gm rebung (direbus) 2.5 cm halia 4 labu bawang merah 1 ulas bawang putih 3 biji cili merah1 sudu besar minyak 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar kicap 1 sudu teh gula Garam secukup rasa Cara:
Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm.Gaul dengan gula, tepung jagung dan kicap.Hiris rebung nipis-nipis dan panjang 3 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga hancur. Belah dua cili hidup. Tumis bawang, halia dan lain-lain. Masukkan daging dan balik-balikkan.Masukkan rebung, garam dan cili merah. Sedia dihidangkan